Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Euro 2016: Jerman mara ke suku akhir dengan kemenangan 3-0

Jun 27, 2016 | 7:10 AM
Pemain tengah Jerman, Julian Draxler (kiri), dan pemain pertahanan, Jerome Boateng, meraikan gol kedua pasukan mereka semasa menentang Slovakia dalam pusingan kalah mati Euro 2016 di Stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d'Ascq berhampiran Lille pada 26 Jun 2016.
Pemain tengah Jerman, Julian Draxler (kiri), dan pemain pertahanan, Jerome Boateng, meraikan gol kedua pasukan mereka semasa menentang Slovakia dalam pusingan kalah mati Euro 2016 di Stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d'Ascq berhampiran Lille pada 26 Jun 2016. - AFP

LILLE (Perancis): Jerome Boateng menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kemenangan 3-0 Jerman ke atas Slovakia di Euro 2016 pada Ahad (26 Jun), yang membawa juara dunia itu ke suku akhir.

Boateng menjaringkan gol lapan minit selepas penampilan antarabangsa ke-63nya dan selepas itu pasukan Joachim Loew tidak pernah menoleh ke belakang.

Mesut Ozil gagal menyumbatkan gol daripada satu tendangan penalti tidak lama selepas itu, namun Julian Draxler memberi bola untuk Mario Gomez menggandakan kelebihan itu dua minit sebelum rehat dan Draxler sekali lagi menjaringkan gol selepas sejam.

Jerman akan menentang sama ada juara bertahan Sepanyol atau musuh lamanya Italy dalam suku akhir hujung minggu ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg