Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - KUMPULAN B

Belgium terlalu gagah untuk kalah

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Belgium tampak gagah di persada Kumpulan B, dengan enam mata penuh daripada dua perlawanan pembukaan.



Namun, tiga lagi pasukan - Russia, Finland dan Denmark - masih mempunyai harapan untuk merebut tempat kedua kumpulan tersebut dan pada masa yang sama mungkin meletakkan peluang Belgium mara ke pusingan seterusnya dalam bahaya, dalam senario yang sukar berlaku namun secara kiraan mata dan gol, boleh terjadi.



Ia adalah satu senario yang tidak mungkin berlaku - pasukan yang bermain dengan baik, memenangi kededua perlawanan pertamanya, tersingkir. Namun, dalam bola sepak apa juga boleh berlaku.



"Kita tidak boleh ada kepastian dalam bola sepak," kata bekas kapten Ireland dan Manchester United, Roy Keane.



"Apa sahaja boleh berlaku... ia adalah agak mustahil, tapi selagi wisel penamat belum ditiup, apa sahaja boleh berlaku," ulang beliau, yang bertugas sebagai pengamat bagi kejohonan Euro 2020 ini.



Belgium bertemu Finland dalam perlawanan awal pagi esok (3 pagi waktu Singapura) setelah mengutip enam mata penuh dari dua perlawanan pertama mereka, manakala Russia dengan tiga mata bertemu Denmark.



Finland berkongsi mata dengan Russia, manakala Denmark belum mengutip sebarang mata - namun boleh melayakkan diri sekiranya menewaskan Russia dengan lebih daripada dua gol dan Finland pula tewas di tangan Belgium.



Pasukan pimpinan Roberto Martínez itu kukuh di hampir semua posisi - dengan penyerang Romelu Lukaku berada pada kemuncak persembahannya.



Penyerang kelab Italy, Inter Milan, itu mempunyai rekod jaringan yang mengagumkan - kadar jaringan lebih 65 peratus.



"Beliau pastinya antara penyerang yang kurang diberi pengiktirafan," kata seorang lagi pengamat dan bekas pemain England dan Manchester City, Micah Richards.



"Mungkin kerana persembahan dalam perlawanan-perlawanan penting untuk Manchester United khususnya kurang memuaskan, jadi imej itu melekat. Namun, pertandingan ini peluang bagi Lukaku membuktikan kehebatan beliau," tambahnya.



Richards berpendapat Lukaku dan Belgium terlalu gagah untuk ditewaskan Finland, dan pasti dapat meraih sekurang-kurangnya satu mata yang diperlukan untuk kekal sebagai pemenang Kumpulan B.



Ini bermakna Russia mempunyai peluang terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya sebagai pasukan di tangga kedua kumpulan tersebut.



Russia bertemu Denmark, yang pastinya menjadi 'favourite' peminat untuk mengakhiri pertandingan dengan tiga mata menyusuli kejadian hampir tragik melibatkan pemain bintang mereka, Christian Eriksen, rebah di padang dalam perlawanan pembukaan.



Eriksen mengalami serangan jantung, namun bantuan perubatan segera yang diterima pemain itu telah menyelamatkan nyawa pemain tersebut, yang kini berada dalam keadaan stabil.



"Russia adalah pasukan yang kuat, mantap. Jarang sekali seksi tapi berkesan," tambah Keane.



"Mereka mempunyai peluang baik untuk melangkah ke pusingan seterusnya...dan dari situ siapalah tahu sejauh mana mereka boleh melangkah," ujar beliau lagi.



Keane berkata beliau meramalkan Belgium dan Denmark untuk mara dari Kumpulan B. Namun, malangnya kejadian yang menimpa Eriksen itu, menurut Keane, menjadikan kelayakan Denmark satu isu sampingan.



"Bagi saya Denmark mempunyai pasukan yang mantap untuk berjaya dalam pertandingan seperti Euro. Bukan berjaya sehingga mampu menjulang piala, tapi melampaui jangkaan ramai.



"Mereka mempunyai pertahanan dan 'midifield' yang mantap dan dengan gabungan kreativiti di tenaga penggempur terutama menerusi sumbangan Eriksen. Mereka masih boleh melayakkan diri, namun saya yakin Russia akan melakukan tugas yang diperlukan," ujar beliau.



Sementara itu, mengenai dua pasukan pilihan mereka untuk mara - Belgium dan Russia - Richards berpendapat secara realistik beliau tidak melihat Russia mempunyai peluang mara melebihi pusingan seterusnya.



Namun, kededua beliau dan Keane akui Belgium telah memperkukuh reputasi dan peluang mereka menerusi persembahan pasukan itu sejauh ini.



"Mereka hampir sebuah pasukan yang sempurna. Mantap di bahagian pertahanan, kuat di bahagian 'midfield' dan tajam di bahagian serangan.



"Laluan mereka selepas Kumpulan B tidaklah mudah, namun mereka ada peluang yang baik, saya benar-benar yakin dengan kebolehan mereka," tambah Keane lagi.



Keyakinan itu nampaknya turut dikongsi para pemain dan jurulatih Belgium.



Penyerang utama beliau, Lukaku, turut akur: "Suasana dalam pasukan kami adalah baik. Kami fokus tetapi tidak tertekan. Kami tahu apa yang setiap anggota bawa kepada pasukan. Ada semangat perpaduan dan persaudaraan yang utuh," tambah pemain itu lagi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >