Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Everton jamin tempat dalam EPL musim depan

epl
May 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Everton menjamin tempat dalam Liga Perdana England (EPL) bagi musim depan apabila ia bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Crystal Palace semalam.



Everton tampak seperti akan jatuh ke divisyen lebih rendah buat kali pertama dalam 68 tahun selepas ketinggalan 2-0 dalam separuh masa pertama, apabila Jean-Philippe Mateta dan Jordan Ayew menjaringkan gol bagi pasukan pelawatn.



Namun, pemain Everton bangkit dalam separuh masa kedua, dengan semangat mereka disemarak sorakan penonton yang membanjiri Goodison Park.



Sembilan minit selepas waktu rehat, Michael Keane menjaringkan gol pertama bagi Everton yang memberi mereka harapan dan Richarlison menyamakan kedudukan pada minit ke-75.



Namun Everton, yang sejak dipimpin oleh Frank Lampard, jarang mengaku kalah, masih memburu gol kemenangan.



Dominic Calvert-Lewin, yang dicemuh kebelakangan ini kerana gagal bangkit menunjukkan prestasi sebenar, muncul wira bagi Everton, apabila beliau menjaringkan gol menerusi percubaan tandukan akrobatik yang menemui sasaran.



Gol itu, yang pertama dijaringkannya sejak Ogos lalu, mencetus perayaan bersungguh-sungguh dalam kalangan penonton.



Malah, penonton tidak dapat mengawal perasaan dan sebahagian memasuki padang untuk meraikan keputusan itu.



Tiga mata yang dikutip itu bermakna Everton mengelak keadaan di mana ia terpaksa menang pada perlawanan terakhir pada hujung minggu ini untuk memelihara tempat di EPL, seperti yang dilaluinya pada musim 1998 dan 1994. Everton berjaya memelihara tempat di liga terunggul di England itu pada kededua tahun tersebut.



Kali ini, mereka perlu bertandang ke Arsenal bagi perlawanan terakhir, dan anak didik Lampard tidak boleh melangkah ke padang dengan pengetahuan mereka telah menjamin tempat di EPL pada musim depan.



Di akhir perlawanan, Lampard dilihat meraikan kemenangan itu dengan penyokong dan ahli lembaga kelab tersebut.



Namun, cara Everton meraikan penghujung musim yang mengecewakan bagi kelab yang mempunyai harapan tinggi melangit untuk bersaing dengan kelab-kelab elit di Eropah juga mencetus tanda-tanya mengenai wawasan kelab itu.



Musim depan, Everton akan berpindah ke stadium yang baru dan Lampard berharap ia akan memulakan era baru bagi kelab itu.



"Kami akan menikmati saat ini.... dan selanjutnya, mula bekerja keras lagi. Kami tahu apa yang perlu dilakukan dan kami akan melakukannya," ujar Lampard. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >