Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Everton kekal di EPL, berdepan cabaran besar musim depan

May 29, 2023 | 04:14 PM



LONDON: Pengurus Everton, Sean Dyche, berkata pasukannya mesti “berusaha untuk pencapaian lebih tinggi” selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth pada Ahad, sekali gus menyelamatkan diri daripada tersingkir daripada Liga Perdana England (EPL) pada hari terakhir musim.


Perlawanan tersebut menyaksikan Abdoulaye Doucouré menyumbatkan gol tunggal bagi tuan rumah pada minit ke-57.

Awal dari itu, Dyche sudah sedia maklum bahawa kemenangan dalam perlawanan itu akan menjamin tempat Everton di EPL, tidak kira apa keputusan pasukan lain di tangga corot liga.

Perlawanan yang berlangsung serentak dengan perlawanan antara Leicester City dan West Ham itu – yang menyaksikan Leicester tersingkir daripada EPL sungguhpun menang 2-1 – menyaksikan Everton payah mengasak kubu pertahanan Bournemouth.

Dyche berkata: “Masih banyak yang perlu dilakukan. Saya telah memberi jaminan kepada pemain bahawa mereka harus berusaha (lebih gigih).

“Pemain perlu terus berusaha untuk (mencapai kecemerlangan) – anda tidak boleh menerima biasa-biasa saja, anda perlu berusaha untuk matlamat lebih tinggi.

“Harus diingatkan bahawa retorik di sini negatif. Ada penentangan yang tersembunyi di Everton. Kami perlu mengubahnya. Hanya kami yang boleh mengubahnya.”

Sambil menyambut kejayaan Everton kekal di EPL, penyokongnya melaungkan “pecat lembaga” di Stadium Goodison Park, sedang keretakan hubungan antara penyokong dan pengurusan kelab itu sekali lagi menjadi nyata.

Anggota lembaga pengarah Everton tidak menghadiri perlawanan di gelanggang sendiri sejak Januari disebabkan alasan keselamatan.

“Saya berkata (pengekalan di EPL) adalah hebat... dan nikmatilah detik ini tetapi jangan lupa bahawa secara keseluruhan, musim ini mengecewakan.

“Kami perlu tuntut lebih banyak daripada ini, bawa masuk lebih ramai pemain dan banyak lagi. Banyak yang perlu dilakukan,” ujar Dyche.

Beliau menambah bahawa beliau tidak rasa bahawa kelab tersebut sudah bersedia “untuk melakukan perkara (dan rombakan) besar.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >