Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: NOTTINGHAM FOREST LWN EVERTON

Everton mungkin gigit jari, Calvert-Lewin belum pulih

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pasukan Everton mungkin gigit jari buat sementara waktu selepas tunggak penyerang, Dominic Calvert-Lewin, masih tidak dapat disertakan semula dalam kesebelasan utama kerana belum pulih daripada kecederaan sepenuhnya.



Ini lebih-lebih lagi untuk perlawanan hari ini menentang Nottingham Forest, yang perlu Everton menangi agar mereka tidak terus terjerumus dalam tangga corot liga dan dalam zon penyingkiran.



Calvert-Lewin mengalami kecederaan 'hamstring' dan digantikan pada minit ke-62 dalam perlawanan pada Februari menentang Arsenal.



Menurut pengurus Everton, Sean Dyche, yang ditukil akhbar Nottingham Post semasa sidang media pada Khamis, situasi tersebut tidak ideal memandangkan beliau ingin (Calvert-Lewin) "betul-betul cergas semula" untuk bermain.



"(Calvert-Lewin) belum cergas sepenuhnya sejak kebelakangan ini jadi kami perlu pastikan beliau betul-betul cergas kerana kami tidak boleh memainkannya untuk satu perlawanan tetapi beliau kembali cedera," ujarnya.



Everton berada di tangga ke-18 Liga Perdana England (EPL) dan berisiko untuk disingkirkan daripada liga.



Kemenangan ke atas Nottingham akan memastikan mereka dapat merapatkan jurang mata dengan Nottingham kepada satu mata. Namun, ia kelihatan sesuatu yang nampak sukar bagi mereka.



Ini di sebalik kekalahan 0-4 di tangan Arsenal Khamis dan rekod kukuh Nottingham di padang sendiri.



Nottingham hanya kalah satu perlawanan, iaitu di tangan Manchester United pada Januari, di padang sendiri sejak permulaan 2023.



Pasukan yang berada di tangga ke-13 itu juga akan bertandang di padang sendiri tanpa tunggak utama, Serge Aurier.



Pemain sayap kanan berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan tegang betis semasa perlawanan menenentang Manchester City pada Februari, yang menyaksikan pasukan tersebut seri 1-1.



Dalam sidang media sebelum perlawanan, yang ditukil Nottingham Post, beliau berkata:



"Kecederaan ini agak istimewa kerana anda tidak boleh jangkakan untuk cergas dalam dua atau tiga minggu.



"Ia adalah berdasarkan bagaimana diri anda rasa."



Beliau menambah buat masa ini, dirinya tidak lagi bersedia dan akan berusaha gigih untuk kembali cergas sebelum perlawanan menentang bekas kelabnya, Tottenham Hotspur, minggu hadapan.



Dalam pada itu, desas-desus berkenaan keberadaan pengurus Nottingham, Steve Cooper, untuk kekal sebagai pengurus musim hadapan menjadi tanda tanya.



Ini setelah Daily Mail melaporkan beberapa kelab ingin melamar beliau untuk menjadi pengurus pasukan.



Menurut laporan tersebut, Cooper kini dalam pertimbangan untuk sekurang-kurangnya dua kelab.



Awal musim ini, beliau menandatangani kontrak baru yang mengikatnya dengan Nottingham sehingga 2025. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >