Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

F1 Mexico: Sebastian Vettel turun ke tempat kelima lepas penalti 10 saat

Oct 31, 2016 | 10:30 AM
Daniel Ricciardo merai kejayaannya menduduki tempat ketiga Grand Prix Mexico di litar Autodromo Hermanos Rodriguez pada Ahad (30 Okt), selepas Sebastian Vettel dikenakan penalti 10 saat, sekali gus turun daripada tempat ketiga ke tempat kelima.
Daniel Ricciardo merai kejayaannya menduduki tempat ketiga Grand Prix Mexico di litar Autodromo Hermanos Rodriguez pada Ahad (30 Okt), selepas Sebastian Vettel dikenakan penalti 10 saat, sekali gus turun daripada tempat ketiga ke tempat kelima. - GAMBAR AFP

MEXICO CITY: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, dikenakan penalti 10 saat bagi Grand Prix Mexico pada Ahad (30 Okt), sekali gus menurunkan beliau daripada tempat ketiga ke tempat kelima, kata pegawai perlumbaan.

Keputusan itu menjadikan pemandu Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo, pemenang tempat ketiga.

Hukuman bagi pemanduan tidak menentu atau berbahaya itu juga bermakna Max Verstappen, daripada Red Bull, yang asalnya menduduki tempat ketiga tetapi diturunkan ke tempat kelima selepas perlumbaan kerana dikenakan penalti lima saat, kembali naik ke tempat keempat.

Perlumbaan itu dimenangi juara dunia tiga kali daripada Mercedes, Lewis Hamilton, dengan rakan sepasukannya, Nico Rosberg, di tempat kedua. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg