Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1 rancang aturan baru bagi elak 'tengkarah' GP Abu Dhabi musim lalu

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Badan induk Formula Satu (F1) sedang merancang struktur pengurusan perlumbaan baru dalam usaha mengelak berulangnya insiden yang berlaku di Grand Prix Abu Dhabi tahun lalu.

Terdapat penerimaan meluas antara pelbagai pihak terbabit dalam sukan itu bahawa pengarah perlumbaan, Michael Masi, gagal mematuhi peraturan dengan tepat sewaktu tempoh kereta keselamatan dikerahkan, lewat dalam perlumbaan penentuan gelaran juara F1 musim lalu.

Keputusan itu menyebabkan pemandu Red Bull Max Verstappen berjaya memintas Lewis Hamilton pada pusingan terakhir untuk menewaskan pemandu Mercedes itu sekali gus merangkul kejuaraan.

Badan pentadbir FIA telah meminta pandangan pasukan mengenai perkara itu.

Siasatan yang dilancarkan selepas perlumbaan Abu Dhabi masih diteruskan dan belum ada kesimpulan kukuh yang telah dicapai.

Namun laporan BBC Sport menyatakan beberapa sumber telah mendedahkan bahawa rancangan FIA adalah untuk memperkenalkan satu siri perlindungan yang akan menjadikan pengarah perlumbaan lebih bebas membuat keputusan dalam sekitaran yang lebih tenang.

Ramai pengamat sebulat suara akur bahawa Masi melakukan beberapa kesilapan operasi pada pusingan terakhir perlumbaan penentu musim itu di litar Yas Marina, yang bertentangan dengan peraturan dan protokol yang diterima - dan masih terdapat persoalan serius mengenai masa depannya.

Satu struktur sokongan sedang dirancang untuk pengarah perlumbaan, kata mereka yang mempunyai kaitan dengan FIA.

Ini berkemungkinan termasuk halangan antara peranan itu dan agar pasukan tidak memberi tekanan kepada pengarah perlumbaan, seperti apa yang dilakukan bos pasukan Mercedes dan Red Bull kepada Masi di Abu Dhabi.

Semakan kepada operasi pengawas perlumbaan - yang tiada kaitan dengan pengarah perlumbaan dan diberikan kuasa untuk memutuskan penalti bagi pelanggaran peraturan - juga sedang dipertimbangkan.

Kejadian di Abu Dhabi itu kekal sebagai 'masalah' terbesar yang pernah dihadapi F1 dan FIA

Kredibiliti sukan itu telah dipersoalkan dengan FIA sendiri mengakui insiden itu telah "mencemarkan imej" F1.

Dan Hamilton, yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap FIA, tidak akan memutuskan sama ada untuk kembali ke F1 tahun ini sehingga beliau memahami tindakan yang dirancang badan induk itu untuk menangani kebimbangan yang timbul sepanjang 2021 berhubung pengurusan perlumbaan.

Semua ketua pasukan telah diminta untuk memberikan pandangan mereka tentang apa yang berlaku di Abu Dhabi dan perubahan yang boleh dibuat untuk mengelakkannya daripada berulang.

Setiausaha Agung FIA untuk sukan permotoran, Peter Bayer, minggu lepas mengambil bahagian dalam mesyuarat bersama pengarah sukan setiap pasukan, yang menurut FIA adalah sebahagian daripada siasatan ke atas kejadian di Abu Dhabi.

Selepas ini, Bayer dijangka bertemu pemandu F1 untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai insiden tersebut dan perkara lain, walaupun tiada tarikh ditetapkan untuk pertemuan ini.

Susulan itu ialah mesyuarat Suruhanjaya F1 - yang melibatkan setiap pasukan dan FIA - pada 14 Februari di mana perubahan yang dicadangkan FIA dijangka dibincangkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >