Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

F1: Sebastian Vettel nafi Ferrari telah 'hilang arah'

Oct 4, 2018 | 8:51 PM
GRAND PRIX JEPUN: Pemandu Ferrari Sebastian Vettel bertemu dengan peminatnya sebelum perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Jepun di Suzuka, Jepun, pada 4 Oktober 2018.
GRAND PRIX JEPUN: Pemandu Ferrari Sebastian Vettel bertemu dengan peminatnya sebelum perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Jepun di Suzuka, Jepun, pada 4 Oktober 2018. - Foto REUTERS

SUZUKA: Sebastian Vettel telah menolak dakwaan bahawa Ferrari telah hilang arah selepas pemandu Mercedes Lewis Hamilton mendahului pertandingan tersebut sejauh ini.

Hamilton telah memenangi lima daripada enam perlumbaan sejauh ini.

Vettel kekal positif meskipun menunjukkan prestasi kurang baik dan menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan di Russia hujung minggu lalu.

"Kami belum hilang arah. Kami telah mencapai kemajuan," tegas Vettel hari ini (4 Oktober) sebelum perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Jepun.

Apabila ditanya sama ada perlumbaan di Suzuka minggu ini adalah perlumbaan yang akan menentukan sama ada beliau akan berjaya atau tidak dari segi harapannya mendahului Hamilton, Vettel berkata beliau tidak sedar pun Hamilton telah memenangi lima daripada enam perlumbaan musim ini.

"Saya tak tahu pun, sekarang saya tahu. Jadi, rahsianya adalah untuk tidak mengira.

"Saya 'serang' setiap minggu. Setiap minggu pun berbeza, litarnya berbeza dan keadaannya juga berbeza," ujarnya. -AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg