Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

F1: Vettel akan bermula di petak pertama di Grand Prix Singapura esok

Sep 16, 2017 | 10:55 PM
GRAND PRIX SINGAPURA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, semasa beraksi di sesi kelayakan di Litar Marina Bay tadi menjelang perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines malam esok.
GRAND PRIX SINGAPURA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, semasa beraksi di sesi kelayakan di Litar Marina Bay tadi menjelang perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines malam esok. - Foto The Straits Times

PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel, akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines malam esok di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas, iaitu waktu rekod 1 minit 39.491 saat, di sesi kelayakan di Litar Marina Bay tadi.

Ini merupakan kali keempat beliau berjaya merebut kedudukan itu di Litar Marina Bay.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen (1:39.814), akan bermula di petak kedua malam esok manakala rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo (1:39.840) pula akan bermula di petak ketiga.

"Macam tak boleh percaya, saya suka litar ini. Keretanya hidup di litar dan semakin malam, semakin baik," kata Vettel.

Oleh kerana Litar Marina Bay berliku-liku dan sempit, peluang untuk pemandu memotong pemandu lain juga kecil.

Dengan itu, pemandu yang bermula di petak pertama selalunya menikmati kelebihan berbanding pemandu lain di sini.

Seramai tujuh daripada sembilan pemandu yang bermula di petak pertama dalam Grand Prix Singapura sejauh ini memenangi perlumbaan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg