Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Fabinho cemerlang dalam kemenangan Liverpool

Tundukkan Leipzig 2-0 dengan gol oleh Salah, Mane untuk mara ke suku akhir
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



BUDAPEST: Liverpool melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan RB Leipzig semalam, mencerahkan peluangnya memenangi trofi dalam musim muram yang dibelenggu kecederaan ke atas sebahagian pemain utamanya.



Anak didik Jurgen Klopp mengalahkan Leipzig 2-0 untuk meraih kemenangan agregat 4-0, dengan Fabinho menyerlah di midfield, melindungi barisan belakang yang dirobek kecederaan dan kian mudah ditembusi lawan dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Namun di Budapest - perlawanan diadakan di sana kerana sekatan pergerakan Covid-19 di England - barisan pertahanan yang dipimpin Nathaniel Phillips dan Ozan Kabak berjaya memelihara benteng daripada dibolosi, memanfaatkan kehadiran Fabinho yang kembali cergas daripada kecederaan, dan sedikit tuah.



Kecuaian barisan depan Liverpool, yang dibintangi Diego Jota - yang kembali daripada kecederaan jangka panjang - serta Sadio Mane dan Mohamed Salah - hampir membawa padah.



Gabungan tiga pemain itu membazirkan peluang demi peluang, termasuk percubaan Salah yang merembat bola tepat ke penjaga gawang Leipzig dari posisi satu lawan satu pada separuh masa pertama.



Namun, Salah menebus kekecewaan itu pada babak kedua, menggelecek beberapa pemain pertahanan Leipzig dalam petak penalti sebelum menjaringkan bola ke penjuru gawang.



Beberapa minit kemudian, Mane membuat membuat tendangan menerus bagi menggandakan jaringan dan menjamin kemenangan Liverpool.



Kemenangan itu bukan memberi rangsangan amat diperlukan Liverpool sahaja, malah memelihara harapannya menjulang trofi Liga Juara-Juara kali kedua dalam dua musim.



Lebih penting, dengan kedudukan tujuh mata di bawah tempat kelayakan Liga Juara-Juara musim depan dalam EPL, menjuarai pertandingan unggul peringkat benua ini mungkin laluan paling realistik bagi Liverpool layak ke pertandingan ini musim depan.



Pada sidang media selepas perlawanan itu, Klopp memuji Fabinho sebagai pemain terbaik dalam posisinya dan kerana peranannya memperkuat pertahanan pasukan.



"Cara kami beraksi malam ini begitu baik... begitu wajar bagi kami menunjukkan persembahan demikian," kata Klopp.



"Cara kami bertahan, cara kami bekerjasama mengatur serangan akhirnya mendatangkan ganjaran yang diingini, walau kami terlepas beberapa peluang pada separuh masa pertama."



"Fabinho pemain istimewa dan memang harapan kami memainkan beliau di posisi nombor enam bagi baki musim. Beliau begitu penting bagi kami," kata Klopp.



Liverpool menyambung kempen EPL dengan menentang Wolverhampton Rovers Isnin ini, dan Klopp berkata pasukannya akan mendatangkan banyak masalah bagi lawan jika beraksi seperti malam tadi.



Namun, beliau akur corak permainan lawan juga berbeza.



"Jika kami beraksi pada tahap kerjasama dan persefahaman baik, kami akan mendapat keputusan yang diharapkan daripada perlawanan itu," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >