Topik diikuti
Pergi ke BHkuFabregas puas dapat buktikan Conte silap

BUKTIKAN KEMAMPUAN: Fabregas (kiri) mengawal bola semasa sesi latihan menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid hari ini. - Foto AFP
Dec 6, 2017 | 5:30 AM
Fabregas puas dapat buktikan Conte silap
LONDON: Tunggak pemain senior Chelsea, Cesc Fabregas, mengakui berasa puas apabila berjaya membuktikan kepada pengurus Antonio Conte bahawa kehadirannya di kelab itu masih relevan dan mahu terus menyumbang kepada kejayaan kelab dalam Liga Perdana England (EPL) itu.
Beliau, yang kini berusia 30 tahun, dianggap antara pemain tengah paling kreatif dalam saingan EPL, selain turut membantu menjulang dua kali trofi berkenaan sepanjang empat musim bersama 'The Blues'.