Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Facebook, Twitter padam komen rasis

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Laman media sosial, Facebook dan Twitter memadam komen berbentuk perkauman ditujukan kepada pasukan bola sepak England yang tewas kepada Italy pada aksi final Euro 2020 di Wembley.



Syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu menjelaskan mereka membuang kandungan yang berunsur perkauman dan kebencian yang turut dikecam pemimpin politik Britain.



Tindakan itu diambil selepas tersebarnya mesej penghinaan di Twitter dan laman sosial milik Facebook iaitu Instagram, ditujukan kepada Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka - tiga pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan buat England pada perlawanan tersebut



"Komen rasis yang menjijikkan ditujukan kepada pemain England malam tadi (selepas kekalahan itu) sama sekali tidak mempunyai tempat di Twitter," kata seorang jurucakap perkhidmatan pesanan ringkas yang berpusat di San Francisco.



"Dalam tempoh 24 jam terakhir, melalui satu gabungan mesin automatik dan pemantauan secara manual, kami sudah memadam lebih dari 1,000 'Tweet' dan menggantung sejumlah akaun secara kekal kerana melanggar peraturan - sebahagian besar daripadanya dikesan menggunakan teknologi secara proaktif."



Facebook dalam satu kenyataan pula berkata bahawa mereka "dengan pantas memadam komen dan akaun yang secara jelas menghina pemain bola sepak England dan akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan".



"Kami komited untuk menjaga keselamatan masyarakat kami dari penyalahgunaan (laman media sosial)," katanya.



Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan pemimpin lain meluahkan rasa kecewa terhadap penghinaan yang dilakukan di media sosial.



Menulis di Twitter, Encik Johnson berkata: "Pasukan England ini layak diberi penghormatan sebagai wira, dan bukan dilontarkan dengan kata-kata berbentuk perkauman di media sosial.



"Mereka yang bertanggungjawab terhadap perbuatan yang menjijikkan ini harus malu dengan diri mereka sendiri." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >