Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi dilantik jurulatih skuad Pilihan Singapura di Piala Sultan Selangor

Sep 10, 2015 | 09:43 PM



LEGENDA bola sepak negara, Fandi Ahmad, semalam dinamakan sebagai jurulatih yang akan memimpin skuad Pilihan Singapura bagi pertemuan dengan Pilihan Selangor dalam edisi Piala Sultan Selangor kali ini.


Perlawanan persahabatan tahunan yang menemukan dua 'musuh tradisi' itu - dan memasuki tahun ke-14 tahun ini - akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 24 Oktober ini.


Skuad Pilihan Singapura yang beraksi di Piala Sultan Selangor tahun lalu dipimpin oleh bekas pemain nasional dan jurulatih Hougang United, Amin Nasir.


Seperti selalunya, pertarungan kompetitif antara Pilihan Singapura dengan Pilihan Selangor itu akan didahului dengan pertemuan antara Veteran Singapura dengan Veteran Selangor.


Dengan Pilihan Selangor menjulang trofi kejuaraan Piala Sultan Selangor ini sejak tiga tahun lalu, Fandi, yang juga merupakan jurulatih skuad LionsXII, tentunya akan berusaha merampas mahkota kejuaraan ini untuk dibawa pulang ke Singapura.


Dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Jalan Besar petang tadi (10 September), tetamu terhormat, Tan Sri Dato' Abd Karim Munisar, yang juga pengerusi penganjur perlawanan dan juga pengurus pasukan Pilihan Selangor, telah menyampaikan tiket-tiket percuma kepada para penyokong Liga-S dan LionsXII untuk menyaksikan pertarungan kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >