Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK MALAYSIA

Fandi harap bawa Pahang ke kejayaan

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SRI Pahang FC sudah seperti rumah kedua saya, kata ikon bola sepak Singapura Fandi Ahmad.



Fandi, 60 tahun, diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Tok Gajah untuk musim 2023 Liga Super Malaysia (MSL), dalam satu posnya di media sosial pada Sabtu lalu.



Beliau, yang menyertai Pahang sebagai penasihat teknikal pada 2022, mengambil alih 'kerusi panas' itu daripada legenda Dollah Salleh, yang menggalas tugas sementara selepas peletakan jawatan warga Perancis Christophe Gamel musim lalu.



Fandi pernah menyarung jersi Pahang pada 1991 hingga 1992 sekali gus menjulang Liga Malaysia dan Piala Malaysia bersama pasukan pada tahun terakhirnya.



"Pelantikan ini sangat bermakna. Saya berbesar hati bahawa Tengku Muda Pahang telah memberikan saya kepercayaan untuk memimpin pasukan," kata Fandi kepada Berita Harian.



Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah ialah pemilik dan presiden kelab Pahang.



"Dan seperti anda tahu, Pahang adalah seperti rumah kedua saya. Orang dan sokongannya yang baik di sini.



"Saya juga dapat bekerjasama dengan bekas rakan sepasukan dan rakan baik saya, Dato Dollah (Salleh) dan Dato Ahmad (Shaharuddin Rosdi), dan jurulatih lain yang telah saya kenal lama," ujar Fandi.



Ini akan menjadi pelantikan kedua Fandi sebagai ketua jurulatih sebuah pasukan MSL.



Beliau pernah mengendalikan Johor Darul Takzim (JDT) selama setahun pada 2013, memimpin kelab itu ke tempat ketiga dalam liga.



Pahang, lima kali juara liga, belum memenangi sebarang trofi sejak kejayaan mereka dalam Piala FA Malaysia 2018.



Kali terakhir mereka memenangi liga adalah pada 2004, dengan JDT memenangi liga dalam sembilan musim terakhir.



Fandi, yang menyifatkan kepulangan dalam MSL sebagai "menarik", menaruh harapan untuk membawa Pahang kembali bersaing dengan kelompok pasukan teratas liga.



Kelab itu menamatkan musim lalu di tangga ketujuh dalam liga seramai 12 pasukan.



"Sudah tentu, kami ingin beraksi lebih baik berbanding tahun lalu. Saya berharap kami dapat mencapai sekurang-kurangnya kedudukan tiga hingga lima (dalam tangga liga) dan berjuang untuk mendapat sekurang-kurangnya satu trofi.



"Tetapi, kami harus berusaha gigih dengan banyak pasukan lain sudah memperkukuhkan skuad mereka," kongsi beliau.



"Semoga kami mempunyai musim yang bebas kecederaan dan jika kami yakin pada diri sendiri dan bekerja keras, tiada apa yang mustahil," tambahnya.



Perjalanan kejurulatihan Fandi di Singapura berakhir pada 30 Jun 2022 apabila beliau meninggalkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas berkhidmat selama tujuh tahun.



Pelantikan terakhir beliau adalah sebagai ketua bagi pembangunan belia elit FAS.



Sebagai pemain, Fandi menikmati banyak kejayaan di Malaysia. Beliau mengetuai Kuala Lumpur untuk mencipta hatrik kejuaraan Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989.



Selepas memenangi kemenangan bergandanya bersama Pahang pada 1992, beliau mengulangi kejayaan itu bersama Singapura pada 1994.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >