Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi: Kemenangan penting namun masih ada ruang untuk diperbaiki

Nov 09, 2018 | 11:40 PM



BAGAIKAN satu beban berat yang telah diringankan dari bahunya.



Itulah yang dapat dirasakan jurulatih Singapura, Fandi Ahmad, setelah melihat anak buahnya mengecap kemenangan kompetitif pertama mereka sejak lebih tiga tahun.



Raut wajahnya tampak lelah namun kegembiraan tersebut tidak dapat dipendam ketika beliau hadir di sidang media selepas perlawanan itu malam tadi (9 November).



Meskipun berjaya menundukkan Indonesia dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Negara, Fandi merasakan banyak lagi yang perlu dipertingkatkan bagi memperbaiki mutu persembahan pasukannya.



“Sudah lama sejak kita melihat jumlah penyokong yang ramai dan ia adalah satu kemenangan besar dan ia juga sangat penting bagi kami mendapatkan tiga mata penuh hari ini.



“Kita berjaya melakukan serangan balas dan telah melakar banyak peluang. Kita mempunyai sebanyak tiga peluang untuk menjaringkan gol, tetapi saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini.



“Bagaimanapun, saya rasa kita harus mempertajamkan serangan kita walaupun kita telah membuka ruang untuk beberapa peluang gol, tetapi mungkin kita lalai sedikit dan penyudahan kita agak lemah.



“Itulah bola sepak, walaupun kita melakar banyak peluang kadangkala nasib tidak menyebelahi kita,” kata Fandi.



Skuad Singa berjaya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan sekaligus memastikan mereka bermula dengan langkah kanan dalam kejohanan bola sepak serantau ini.



Kemenangan ini juga menjadi penyuntik perangsang skuad Singa dalam mereka menempuhi cabaran besar dalam Kumpulan B, yang diibaratkan sebagai ‘kumpulan maut’ yang turut terdiri daripada Thailand, Filipina dan Timor Leste.



Di hadapan sekitar 30,000 penyokong Singapura yang hadir memberikan sorakan dan sokongan padu mereka, Fandi menurunkan kesebelasan utama Singa yang menggabungkan tenaga pemain muda dan pemain yang lebih berpengalaman.



Tunggak midfield Singapura, Hariss Harun dan Izzdin Shafiq, menunjukkan gandingan yang baik di tengah padang dengan Faris Ramli, Gabriel Quak dan Ikhsan Fandi sering memberikan tekanan kepada benteng pertahanan lawan.



Mengulas tentang persembahan pasukannya, Fandi berkata beliau berasa puas hati dengan semangat yang ditonjolkan mereka.



“Kami berjaya menutup semua ruang yang mampu digunakan Indonesia untuk membuat serangan terutama menerusi bahagian sayap.



“Indonesia mempunyai pemain yang sangat berbahaya di sayap seperti Febri Heriyadi dan Irfan Jaya.



“Kami juga mempunyai banyak peluang keemasan untuk meluaskan jaringan, namun ia tidak berhasil dan kami akan berusaha untuk memperbaiki permainan serangan kami untuk perlawanan selanjutnya,” tambah Fandi.



Indonesia melakarkan serangan dari minit pertama namun Singapura yang berjaya menghasil peluang pertama pada minit kesembilan.



Yasir Hanapi gagal menyempurnakan peluang terbuka, dengan hanya perlu menewaskan penjaga gawang Indonesia, Andritany Ardhiyasa. Namun kecemerlangan Andritany memperdayakan percubaan pemain midfield Singa itu.



Kededua pasukan sering mengatur dan membalas serangan, namun Singapura mencipta peluang terbanyak berbanding Indonesia pada separuh masa pertama.



Terbukti taktik serangan balas atau ‘counter attack’ yang digunakan Singapura membawa hasil.



Singapura membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi jaringan kapten pasukan, Hariss Harun. Percubaan volley pemain itu dari dalam kotak lawan gagal diselamatkan Andritany.



Skuad Singa memulakan rentak permainan yang sama pada separuh masa kedua namun beberapa peluang dari pemain lincah, Faris Ramli gagal meletakkan Singapura dua gol di hadapan.



Pemain sayap pasukan Garuda, Febri Hariyadi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67, namun percubaan beliau tersasar.



Perlawanan bertukar menjadi tegang pada minit-minit terakhir apabila pemain pertahanan Indonesia, Putu Gede Juni Antara, dilayangkan kad kuning keduanya sekaligus diarah keluar padang.



Singapura berjaya mempertahankan gol tunggal mereka hingga pengadil meniup wisel penamat disusuli sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.



Meskipun menganggap kekalahan ini sebagai sebuah kekalahan yang berat, jurulatih Indonesia Bima Sakti berkata beliau akan berusaha meningkatkan mutu permainan mereka bagi memastikan keputusan ini tidak berulang.



“Ini bukanlah keputusan yang kami inginkan. Saya bertanggungjawab dengan apa yang terjadi di dalam padang.



“Singapura telah menunjukkan organisasi yang baik dan mampu membuat peralihan dari pertahanan ke serangan. Mereka menyebabkan masalah besar bagi kami.



“Selepas ini, kami perlu bekerja lebih keras untuk perlawanan menentang Timor Leste,” ujar Bima.



Selepas pertemuan ini, Fandi dan anak didiknya dijadualkan berlepas ke Filipina bagi perlawanan kedua mereka menentang pasukan kendalian Sven Goran Eriksson pada 13 November.



Dua lagi perlawanan menanti Singa dalam kejohanan serantau ini - menentang Timor Leste di padang sendiri pada 21 November dan juara bertahan Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, empat hari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >