Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Fandi sahut cabaran galas tugas penasihat teknikal skuad Sri Pahang

Jul 24, 2022 | 06:39 AM



SETELAH mencapai kecemerlangan ketika menyarung jersi Pahang FC sebagai pemain, Fandi Ahmad kini kembali ke kelab Liga Super Malaysia (MSL).



Kelmarin, pasukan yang kini dikenali sebagai Sri Pahang itu mengumumkan bahawa legenda bola sepak Singapura itu telah menyertai kelab itu untuk menggalas tugas penasihat teknikal.



Pelantikan Fandi diumumkan tiga minggu selepas ikon bola sepak itu menamatkan tugasnya di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas tujuh tahun.



Kontraknya sebagai Ketua Belia Elit berakhir pada 30 Jun lalu.



FAS berkata kededua pihak bersetuju dengan perjanjian itu selepas Fandi, 60 tahun, melahirkan hasratnya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.



Di platform media sosialnya, Sri Pahang berkata:



"Kami berharap kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memberi manfaat bagi pasukan Sri Pahang."



Kelab itu juga mengumumkan bahawa pengurus pasukan, Dollah Salleh, juga akan mengambil alih tugas warga Perancis, Christophe Gamel, sebagai ketua jurulatih sementara pasukan.



Sri Pahang menduduki tangga kedua dari bawah dalam kalangan 12 pasukan yang bertanding di MSL, selepas separuh musim yang dipertandingkan. Mereka hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan sejauh ini.



Fandi pula bukan asing dengan Pahang. Beliau pernah menyarung jersi pasukan itu pada 1991 dan 1992, malah menjulang Piala Malaysia pada musim keduanya di Kuantan, bersama-sama Dollah.



Sejak 'menggantung' butnya pada 1999 dan beralih pada tugas jurulatih, Fandi telah memenangi Liga-S dua kali bersama pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan membantu Pelita Jaya meraih promosi di Liga Super Indonesia dari divisyen kedua.



Beliau turut membimbing pasukan LionsXII ke mercu cemerlang Piala FA Malaysia.



Fandi juga pernah bersama Pasukan Singa Muda dan merupakan jurulatih nasional sementara pada 2018 sebelum beliau memimpin pasukan Singapura Bawah 22 Tahun untuk memenangi Piala Merlion pada 2019.



Dalam laporan Berita Harian (BH) sebelum ini, ketika ditanya mengenai perancangan beliau seterusnya dalam bola sepak selepas pengundurannya dari FAS, Fandi berkata bahawa beliau kini mahu menumpukan perhatiannya kepada isterinya, Wendy Jacobs, yang kurang sihat.



Fandi tidak mendedahkan penyakit yang dialami isterinya, namun memberitahu BH bahawa keadaan Wendy kini stabil selepas keluar daripada wad rawatan separa rapi baru-baru ini.



"Saya akan berehat buat masa ini dan menjaga isteri saya terlebih dulu," katanya.



Mei lalu, akhbar The Straits Times turut melaporkan bahawa Fandi menerima tawaran daripada beberapa kelab di rantau ini.



Beliau telah menolak tawaran dari kelab-kelab di Indonesia, dan juga dikaitkan dengan kelab Malaysia disebabkan kenalan luasnya di seberang Tambak, termasuk hubungan baiknya dengan presiden Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.



Tugas pertama Fandi di Sri Pahang dijangka bermula malam ini apabila pasukan itu menentang Penang FC dalam suku akhir Piala FA Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >