Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fandi selesa di 'rumah kedua'

Sep 16, 2022 | 5:30 AM
KIAN SERASI DI KUANTAN: Fandi Ahmad (dua dari kanan) bersama-sama Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh (paling kanan), dengan jurulatih yang lain seperti Datuk Ahmad Yusof (paling kiri) menyaksikan latihan pasukan Pahang baru-baru ini. - Foto ihsan FANDI AHMAD
KIAN SERASI DI KUANTAN: Fandi Ahmad (dua dari kanan) bersama-sama Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh (paling kanan), dengan jurulatih yang lain seperti Datuk Ahmad Yusof (paling kiri) menyaksikan latihan pasukan Pahang baru-baru ini. - Foto ihsan FANDI AHMAD -

SETELAH lebih dua bulan di Kuantan, Pahang, Fandi Ahmad tidak ada masalah menyesuaikan diri sebagai Penasihat Teknikal dan kini membantu Sri Pahang FC memenangi empat perlawanan dan satu seri dalam enam perlawanan.

Dalam temu ramah pertama beliau dengan media Singapura, Berita Harian menemuinya di tempat penginapannya di sebuah hotel lima bintang di Kuantan baru-baru ini.

Fandi akur beliau gembira dengan rutin kehidupannya di Kuantan kerana baginya, Pahang ibarat 'rumah kedua' baginya.

Dengan restu daripada Tengku Muda Pahang, Fandi memutuskan untuk berpindah ke sana.

Bagi legenda bola sepak Singapura itu, tidak salah untuk mengatakan bahawa pemain skuad Sri Pahang memandang tinggi legenda bola sepak Singapura ini.

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh, mengakui kehadiran Fandi telah memberikan impak yang besar kepada persembahan pasukannya dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini - daripada enam perlawanan, mereka hanya mengalami satu kekalahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg