Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi: Singa waspada kekuatan Indonesia, tapi yakin

Nov 08, 2018 | 10:34 PM




MESKIPUN mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri, jurulatih Singapura, Fandi Ahmad berkata anak buahnya menyedari akan kekuatan lawan mereka Jumaat ini.



Menyifatkan Indonesia sebagai sebuah pasukan yang handal, Fandi menambah pasukan di bawah bimbingan Bima Sakti telah menunjukkan banyak peningkatan.



Namun, Fandi menekankan ini tidak bermakna Singa akan turun padang dengan sebarang rasa gentar.



“Kami sedar akan kekuatan Indonesia dan menghormati mereka. Namun, pasukan kami sudah berlatih dengan gigih, bermain dengan baik, dan kami bersedia untuk mengatasi cabaran Indonesia,” ujar beliau ketika sidang media di Stadium Negara sebentar tadi (8 November 2018).



Fandi turut akur bahawa barisan pemain Indonesia yang lincah mampu menyebabkan masalah kepada benteng pertahanannya.



Walau bagaimanapun dengan penelitian mendalam terhadap gerakan pasukan Indonesia, Fandi berharap ia dapat membantu mereka mengatasi serangan lawan itu.



“Mereka mempunyai ramai pemain lincah dan kami telah melihat dan mempelajari cara mereka bermain.



“Dengan itu, kami berharap dapat membendung pergerakan mereka sewaktu perlawanan nanti,” kata Fandi lagi.



Bagi Bima, bekas kapten Indonesia yang telah dilantik untuk mengendalikan pasukan Garuda itu sejak dua minggu lalu, berharap anak didiknya sudah bersiap untuk mengharungi cabaran Singapura dan mengulangi prestasi cemerlang mereka di kejohanan itu.



“Kita akan cuba bermain seperti di padang sendiri namun ia mungkin sukar untuk melakukannya kerana ini merupakan perlawanan pertama.



“Para pemain juga berasa gementar. Kita akan cuba bermain dengan baik di sini.



“Jadi, esok kita perlu bersiap sedia untuk satu perlawanan yang sengit,” ujarnya.



Namun, kededua jurulatih berharap dapat membawa pulang tiga mata pertama mereka dari perlawanan tersebut.



Fandi berkata; “Apa yang penting adalah untuk mendapat tiga mata pertama.



“Ia mungkin sukar tetapi kami akan memastikan kami akan lakukan apa yang diperlukan.”



Singapura dan Indonesia telah ditempatkan dalam Kumpulan B yang disifatkan sebagai ‘kumpulan maut’ bersama Thailand, Filipina dan Timor Leste.



Perlawanan akan bermula 8 malam dan penyokong yang akan menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Stadium Negara dinasihatkan untuk tiba sekitar sejam setengah sebelum perlawanan bermula.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >