Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANGKAT BERAT

Farhanna atasi jangkaan untuk ditabal juara dunia

Srikandi negara angkat 200.5kg untuk juarai acara 'dead lift' di Kejohanan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



USAH anggap pertandingan sebagai sesuatu yang membebankan, sebaliknya cuba menikmati setiap detik pengalaman itu agar ia sesuatu yang dapat dibanggakan dan berusaha buat kejutan dalam acara 'dead lift' yang sememangnya antara kekuatannya.



Itulah antara matlamat yang ingin dicapai srikandi angkat berat negara, Farhanna Farid, ketika bersaing di Kejohanan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia 2022 yang diadakan di Sun City, Afrika Selatan, Isnin lalu.



Farhanna, 29 tahun, malah mengatasi sasaran yang ditetapkannya itu apabila percubaan terakhirnya dalam acara 'dead lift' berjaya memecah rekod dunia.



Beliau mengangkat seberat 200.5 kilogram untuk merangkul gelaran juara bagi kategori bawah 52 kilogram 'dead lift' wanita.



Berat itu mengatasi rekod dunia sebelumnya, 197 kilogram, yang juga dicatatkan Farhanna dalam percubaan keduanya.



Mengimbas detik membanggakan itu, juara Asia sebanyak dua kali itu memberitahu Berita Harian (BH):



"Sejujurnya, saya tidak terlalu memikirkan semasa acara saya itu. Saya hanya tumpu pada dewan pertandingan, besi angkat berat dan juga penonton, kemudian menyesuaikan diri dengan keadaan.



"Tetapi, sebelum saya melangkah ke dewan pertandingan, saya hanya beritahu diri saya satu perkara - rekod angkat biasa itu adalah milik saya dan akan hanya menjadi milik saya."



Farhanna menewaskan dua warga Perancis, Noemie Allabert (192.5 kilogram) dan Shizuka Rico (185 kilogram) - pemegang rekod dunia lalu dengan catatan 196.5 kilogram sebelum kejohanan - dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.



Pencapaian itu juga lebih manis buat Farhanna yang menjadi warga Singapura pertama untuk menjuarai kategori terbuka dan merakam rekod dunia di kejohanan dunia.



Ini adalah penampilan sulung beliau di pentas berprestij itu.



"Saya fikir saya belum lagi menerima hakikat pencapaian ini sebab ia masih rasa sesuatu yang luar biasa. Ada rasa tidak percaya, lega dan juga dahaga untuk pertandingan seterusnya," kongsinya, yang bertugas sebagai ahli farmasi.



Angkat berat merangkumi tiga komponen - 'squat', 'bench press' dan 'dead lift'.



Pergerakannya berbeza berbanding komponen 'snatch' atau 'clean and jerk' dalam sukan itu.



Allabert muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengangkat 438 kilogram (hasil ketiga-tiga acara), diikuti dengan Pleun Dekkers dari Belanda (432.5 kilogram) dan warga Canada, Stef Kean (422.5 kilogram).



Farhanna mengakhiri pertandingan di tempat ketujuh daripada 13 pesaing secara keseluruhan, menduduki tangga kesembilan dalam acara 'squat' dan ke-12 dalam acara 'bench press'.



Keputusan beliau untuk berlatih di bawah bimbingan jurulatih baru, Panagiotis Tarinidis dari Perancis, sejak awal tahun ini, turut membuahkan hasil.



"Ia mengambil saya setahun untuk mencari jurulatih baru yang sesuai. Saya ingat lagi ketika mendengar podcast-nya dan rasa 'okey ya, dialah orangnya'... dia faham dan meraikan keunikan seseorang atlet itu iaitu satu ciri yang saya sangat hargai," kata Farhanna.



Farhanna seterusnya akan bersaing sama ada dalam Piala Asia Tenggara di Kuala Lumpur pada September atau Kejohanan Asia di Dubai pada Disember ini.



"Saya berharap ia dapat merintis jalan bagi rakan angkat berat wanita lain untuk sekurang-kurangnya keluar daripada zon selesa mereka. Seperti saya, anda tidak akan tahu apa yang yang anda dapat capai selagi tidak mencuba... lihat di mana saya berada sekarang," ujar Farhanna.



"Apabila saya mula aktif dalam sukan ini, banyak aspek yang saya tidak dapat lakukan... jadi, kita semua harus bermula di suatu tempat. Dengar keperluan badan anda, pelajari bagaimana ia respons dan hormati keunikannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >