Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Faris azam bangkit dari igauan gagal sepakan penalti

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN bola sepak nasional Faris Ramli berkata kegagalan menjaringkan sepakan penaltinya di penghujung 90 minit separuh akhir Piala AFF Suzuki adalah pengalaman yang paling buruk pernah dialaminya.



"Ia adalah perasaan yang paling buruk sekali," kata Faris, yang berkata beliau hanya mampu mempersoal dirinya berulang kali mengenai kegagalannya itu.



"Saya tidak perasan pula kapten Indonesia yang bercakap kepada saya... saya dengan suaranya, tetapi saya tidak memahami apa yang beliau katakan. Saya amat berterima kasih kepada Shahdan (Sulaiman) dan beberapa pemain lain yang memberi saya sokongan pada saat itu."



Detik itu juga terpahat di minda ramai penyokong Singapura yang berada di stadium dan menyaksikan perlawanan itu di rumah.



Dengan perlawanan terikat 2-2 dan bermain dengan sembilan pemain, Singapura mendapat penalti pada minit ke-88 selepas Shawal Anuar dikasari. Ini sejurus selepas Indonesia menyamakan kedudukan.



Namun, percubaan Faris berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Indonesia, Nadeo Argawinata , yang mencetus reaksi kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam.



Perlawanan yang dilanjutkan ke masa tambahan itu akhirnya dimenangi oleh Indonesia yang mara ke final untuk bertemu dengan Thailand.



Pemain midfield Singa Shahdan, antara yang pertama menghampiri Asnawi dan Faris, untuk menghentikan perbuatan kapten Indonesia itu untuk cuba 'menggugat' tumpuan Faris.



Mengimbas semula detik tersebut dalam wawancara dengan The Straits Times (ST), Faris, 29 tahun, yang telah menjaringkan 10 gol dalam 66 perlawanan bagi pasukan negara, berkata beliau menyahut cabaran mengambil tendangan penalti itu kerana pilihan pertama Safuwan Baharudin tidak berada di padang, selepas beliau dilayang kad merah dalam separuh masa pertama.



"Saya tahu pasukan memerlukan seseorang... dan pada masa itu, naluri saya membuat saya mengambil bola (bagi penalti itu)," kata Faris, sambil menambah beliau mempunyai rekod penalti yang baik dan berkeyakinan diri selepas beberapa sesi latihan terakhir.



Namun, pemain yang menyarung jersi Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura itu berkata beliau bertekad untuk mengatasi kegagalan itu.



Beliau berkata akaun media sosialnya dibanjiri mesej yang mengecam beliau selepas gagal menjaringkan penalti itu, tetapi ia juga mengandungi banyak mesej yang memberi sokongan kepada beliau, daripada rakan sepasukan, keluarga serta peminat bola sepak.



Peluang untuk kembali mendampingi keluarganya - isterinya Nur Syahzanna dan anak lelaki berusia tiga tahun Luth Na'el - juga membantunya pulih dari episod itu, selepas beliau berjauhan sekitar sebulan daripada mereka sepanjang persiapan pertandingan itu.



Buat masa ini, Faris hanya ingin berehat dan membuat persediaan bagi saingan musim depan apabila Sailors beraksi buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara Asia - kejohanan bola sepak antara kelab terunggul di Asia.



Beliau juga bertekad tidak ingin kegagalan menjaringkan penalti itu terus mencalar kerjayanya.



"Saya percaya pada takdir... sesiapa sahaja yang mengambilnya mungkin akan mengalami kesudahan yang sama," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >