Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Faris: 'Beri kami masa lagi'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA

Faris: 'Beri kami masa lagi'

Jun 15, 2022 | 05:30 AM

"BERIKAN kami masa lagi".

Itulah rayuan oleh penyerang Singapura, Faris Ramli dan rakan sepasukannya selepas Singapura mengakhiri kempen kelayakan Piala Asia 2023 dengan kekecewaan.

Faris, 29 tahun, yang membentuk serangan Singa bersama Ikhsan Fandi, dalam tiga perlawanan kelayakan di Bishkek, Kgyrgystan melahirkan harapan akan penyokong bola sepak setempat bersabar sedang pasukan negara menyesuaikan diri dengan jurulatih baru Takayuki Nishigaya.

Nishigaya hanya memimpin pasukan negara mengharungi satu perlawanan persahabatan di luar negara - kekalahan 0-2 kepada Kuwait - sebelum pasukan Singa memulakan kempen kelayakan.

Ia tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah pada 8 Jun, sebelum mengalami kekalahan kedua 0-1 kepada Tajikistan pada Sabtu lalu.

Kededua kekalahan itu bermakna harapan pasukan Singa melayakkan diri ke Piala Asia punah-ranah dan keputusan perlawanan terakhir - dengan Myanmar - semalam, tidak boleh mengubah hakikat itu.

Mengulas mengenai persembahan yang ditunjukkan rakan sepasukan di bawah Nishigaya, Faris berkata:

"Beliau (Nishigaya) mempunyai rancangan untuk pasukan negara. Kami telahpun menyesuaikan diri dengan apa yang dikehendakinya.

"Bagi mereka yang menyaksikan perlawanan-perlawanan ini, mereka mungkin tahu bahawa kami telah bermain dengan baik, namun cuma kami gagal mendapatkan tiga mata penuh dan lumrah ramai yang akan mula menuding jari (mencari kesalahan).

"Saya boleh memberi jaminan bahawa kami akan berada di sana (antara pasukan teratas Asia Tenggara) sekali lagi satu hari nanti jika kami meneruskan kemajuan ini.

"Kami, termasuk saya dan pemain lain yakin akan rancangan jurulatih... pada strukturnya dan kami rasa inilah caranya. Kami amat yakin terhadap caranya ini.

Di bawah pimpinan jurulatih dari Jepun itu, terdapat penekanan yang lebih besar untuk memberikan tekanan kepada pihak lawan dengan lebih agresif.

Pemain juga perlu lebih pantas dalam membuat peralihan untuk melakukan serangan.

Walaupun berdepan pasukan yang lebih kuat dari Timur Tengah seperti Kuwait dan dari Asia Tengah, seperti Kyrgyzstan dan Tajikistan, dalam tiga perlawanan pertamanya, Nishigaya berjaya mengarahkan anak didiknya untuk memberi tekanan terhadap pasukan yang menduduki ranking yang lebih tinggi daripada mereka.

Dalam saingan kelayakan, skuad Singa mencipta beberapa peluang tetapi mensia-siakannya.

Pemain juga diamati mula 'pancit' dan bak kepenatan di pertengahan separuh masa kedua.

Meskipun menghadapi tekanan selepas kekalahan berturut-turut dalam tiga perlawanan pertamanya sebagai jurulatih Singa, Nishigaya, 49 tahun berkata beliau tidak terlalu risau dengan keputusan itu.

"Kami kecewa dengan keputusan itu tetapi saya tidak bimbang tentang tahap keyakinan pemain. Saya tidak ragu-ragu tentang keyakinan pemain terhadap saya," ujar beliau lagi.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3