Topik diikuti
Pergi ke BHkuFAS anggap langkah Albirex dapatkan Adam dan Shahul 'detik bersejarah'

PELUANG ORAK LANGKAH BESAR: Adam Swandi (kanan) dan penjaga gawang berbakat Shahul Rayyan berpeluang menimba pengalaman dan budaya bola sepak Jepun apabila menyertai Albirex Niigata dalam Liga-S musim baru ini. - Foto ZAOBAO
Jan 10, 2018 | 5:30 AM
FAS anggap langkah Albirex dapatkan Adam dan Shahul 'detik bersejarah'
KEPUTUSAN kelab Liga-S, Albirex Niigata, mendapatkan dua pemain muda Singapura menyertainya kelmarin turut mendapat reaksi positif Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang menyifatkannya sebagai satu "detik bersejarah".
Kededua pemain berkenaan - bintang muda midfield Adam Swandi dan penjaga gawang berbakat Shahul Rayyan - akan menyertai kelab asal Jepun itu bagi musim Liga-S 2018.