Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PIALA SUZUKI AFF

FAS: Hampir 80% tiket bagi warga SG sudah terjual

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 80 peratus tiket Piala Suzuki AFF yang diperuntuk bagi warga Singapura telah terjual, dengan tiket bagi dua perlawanan Singapura - menentang Myanmar dan Thailand - habis dijual, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.



Warga Singapura diberi keutamaan membeli tiket sejak Ahad lalu, tiga hari sebelum tiket mula dijual kepada penonton lain.



Pada peringkat kumpulan, dua perlawanan akan diadakan sehari dan tiket bagi peringkat tersebut, yang dijual pada harga $25 (dewasa) dan $15 (kanak-kanak), membolehkan penonton menyaksikan kededua perlawanan itu.



Difahamkan bahawa 10,000 penonton dibenarkan menonton di Stadium Negara - yang boleh menampung 55,000 orang - bagi setiap hari perlawanan.



Kebanyakan perlawanan Kumpulan A akan diadakan di situ.



Stadium Bishan pula, yang menjadi lokasi utama bagi perlawanan Kumpulan B, difahamkan boleh menampung hingga 1,000 penonton bagi setiap hari perlawanan.



Dalam kenyataannya, FAS berkata mereka yang membeli tiket bagi menonton perlawanan kumpulan melibatkan Singapura sebagai satu pakej juga akan menikmati potongan harga 20 peratus.



"Kami berbesar hati kerana sebahagian besar penyokong Singapura tahu mengenai perkara ini dan telah membeli tiket secara awal.



"Ini sebabnya hampir 80 peratus tiket yang diperuntuk bagi penyokong Singapura telah dibeli.



"Tiket bagi perlawanan pembukaan menentang Myanmar dan perlawanan kumpulan terakhir menentang Thailand, terutamanya, juga telah habis dijual," kata FAS, yang menggalak peminat tiba awal di stadium Ahad ini untuk menyaksikan upacara pembukaan yang bermula pada 7.15 malam.



Singapura ditempatkan dalam Kumpulan A bersama juara lima kali Thailand, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.



Kumpulan B dianggotai juara bertahan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.



Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir dua perlawanan.



Pasukan yang mara daripada separuh akhir ke final akan bermain dalam final dua perlawanan.



Semua perlawanan pusingan kalah mati akan diadakan di Stadium Negara.



Dalam pada itu, FAS juga memberi respons terhadap pertanyaan media berhubung isu yang ditimbulkan sebahagian kumpulan penyokong bola sepak mengenai larangan membawa alat muzik ke dalam stadium.



FAS berkata ia memahami sentimen yang diutarakan penyokong, tetapi ia harus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Acara dan Kegiatan Sukan - Perintah Kawalan) 2021.



Undang-undang itu, yang berkuatkuasa sejak April lalu, antara lain tidak membenarkan alat muzik dibawa ke dalam stadium.



"Ini selaras dengan peraturan pada hari perlawanan yang kami laksanakan bagi peminat semasa Liga Perdana Singapura 2021 dan juga di perlawanan kelayakan AFC Bawah 23 tahun yang baru berakhir, di mana alat muzik, termasuk gendang, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium," kata FAS.



Minggu lalu, kumpulan penyokong bola sepak Singabrigade menerbitkan surat terbuka di media sosial yang menyatakan hasratnya tidak pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan nasional untuk membantah harga tiket yang dianggap mahal dan larangan membawa alat muzik.



FAS berkata: "Kami sedang berbincang dengan semua pihak berkepentingan, dan wakil SingaBrigade berhubung perkara ini dan berharap SingaBrigade, antara kumpulan penyokong nasional yang bekerjasama rapat dengan FAS, akan terus dapat merancakkan keadaan pada hari perlawanan, sebagaimana mereka selalu lakukan, tanpa menjejas keselamatan dan kesihatan penonton lain."




"Kami sedang berbincang dengan semua pihak berkepentingan, dan wakil SingaBrigade berhubung perkara ini dan berharap SingaBrigade, antara kumpulan penyokong nasional yang bekerjasama rapat dengan FAS, akan terus dapat merancakkan keadaan pada hari perlawanan, sebagaimana mereka selalu lakukan, tanpa menjejas keselamatan dan kesihatan penonton lain."
- Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mengenai isu larangan bawa masuk alat muzik ke dalam stadium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >