Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS laksana penilaian terhadap prestasi bola sepak

May 18, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan menjalankan penilaian dalaman terhadap prestasi kurang memberangsangkan pasukan bola sepak lelaki Singapura bawah 22 tahun dalam Sukan SEA Kemboja.



Ini disebalik kekalahan 0-7 Singapura pada perlawanan akhir kumpulan B menentang Malaysia pada 11 Mei dan kedudukan pasukan Singapura yang berada di tangga corot kumpulan selepas empat perlawanan.



Demikian dikongsi ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Dr Su Chun Wei, pada Selasa dalam satu sidang media bagi merumuskan prestasi Singapura dalam Sukan SEA kali ini.



Beliau berkata bola sepak merupakan antara sukan-sukan yang mana prestasinya di bawah jangkaan - sukan lain yang dinyatakan termasuk golf, bola keranjang dan berbasikal.



Menurut beliau prestasi pasukan bola sepak Singapura "tidak ideal dan jauh di bawah standard".



"FAS telah mengakuinya dan menyatakan bahawa mereka akan lakukan penilaian dalaman.



"Oleh itu, saya rasa orang ramai perlu berikan FAS ruang untuk buat penilaian... dan belajar jadi bila tiba masanya, FAS akan kongsi dapatan mereka."



Lantaran itu, Dr Su menggesa agar FAS "mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan secara kukuh dan tegas".



Selain itu, penyertaan pasukan bola sepak Singapura dalam temasya sukan itu adalah satu langkah bagi menilai kedudukan mereka dalam temasya sukan utama.



Ini kerana menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Chris Chan, Sukan SEA merupakan tahap permulaan bagi temasya sukan utama.



Beliau menambah: "(Sukan SEA) adalah wadah yang sangat penting untuk menilai tahap (kedudukan) mereka.



"Sekiranya (SNOC) tidak menghantar pasukan (bola sepak) ke sini, bagaimana cara untuk ketahui tahap kedudukan mereka.



"Oleh demikian, ia terpakai bagi sukan-sukan lain yang menyertai Sukan SEA."



Beliau turut menjelaskan kriteria pemilihan bagi melayakkan diri untuk temasya sukan utama seperti Sukan SEA dan Sukan Asia "bukanlah satu perkara rahsia".



Dari laman web SNOC, kriteria pemilihan bagi Sukan SEA Kemboja adalah atlet individu harus sekurang-kurangnya meraih tempat ketiga bagi edisi Sukan SEA sebelum ini.



Bagi sukan berpasukan, mereka seharusnya berada di tempat ketiga di kalangan negara-negara yang menyertai Sukan SEA.



Namun demikian Encik Chan menjelaskan terdapat ruang pertimbangan bagi memberi wadah kepada persatuan sukan nasional (NSA) yang telah meletakkan pelan kecemerlangan - bagi bola sepak, ia adalah projek Unleash The Roar (UTR).



"Kami juga harus akui bahawa apabila mana-mana sukan atau NSA telah memberi usaha dan (membuat) program yang mana mereka diunjurkan mencapai kecemerlangan… pada tahap tinggi, maka saya rasa payah bagi kami menghalang mereka untuk sekurang-kurangnya ambil bahagian dalam Sukan SEA," ujar Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >