Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS pertahan keputusan asingkan penyokong pasukan lawan demi keselamatan

Jan 06, 2023 | 07:01 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah mempertahankan keputusannya untuk mengasingkan penyokong pasukan lawan bagi semua perlawanan antarabangsa yang dianjurkannya untuk memastikan keselamatan kedua-dua penyokong tuan rumah dan lawan.


Langkah kawalan orang ramai dan protokol keselamatan FAS menjadi tumpuan apabila polis dipanggil semasa perlawanan pusingan kumpulan Piala AFF antara Singapura dan Vietnam di Stadium Jalan Besar, yang mempunyai kapasiti 5,570 penonton, pada 30 Disember lalu.


Menurut laporan The Straits Times, seorang jurucakap FAS berkata ia telah mengambil langkah-langkah untuk berulang kali mengingatkan peminat bahawa mereka hanya dibenarkan membeli tiket khusus untuk bahagian masing-masing (iaitu zon penyokong tuan rumah dan lawan) dan pembeli tiket yang didapati tidak mematuhi syarat tersebut akan tidak dibenarkan memasuki stadium pada hari perlawanan”.


Beliau menambah: “Ini dilakukan dalam tiga cara, pertama dalam bentuk pengumuman ‘pop-up’ yang muncul semasa proses pembelian tiket dalam talian dan memerlukan pengakuan peminat sebelum pembelian boleh diselesaikan.


“Kedua, papan tanda yang menonjol, dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Vietnam, juga diletakkan pada pandangan penuh peminat yang membeli tiket di stadium pada hari perlawanan itu sendiri. Akhirnya, kami juga memaklumkan peminat melalui saluran media sosial rasmi kami.”


Sebilangan peminat Vietnam berkata mereka tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai tiket kerana tiket yang dimiliki mereka adalah bagi tempat duduk di zon penyokong tuan rumah, yang dikhaskan untuk peminat Singapura.


Penyokong lawan diperuntukkan 8 peratus daripada jumlah tiket yang dijual, seperti yang ditentukan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >