Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF 2022

FAS pertahan keputusan asingkan penyokong pasukan lawan demi keselamatan

Langkah diambil selepas polis dipanggil semasa perlawanan S'pura-Vietnam
Jan 07, 2023 | 05:30 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah mempertahankan keputusannya untuk mengasingkan penyokong pasukan lawan bagi semua perlawanan antarabangsa yang dianjurkannya untuk memastikan keselamatan kedua-dua penyokong tuan rumah dan lawan.



Langkah kawalan orang ramai dan protokol keselamatan FAS menjadi tumpuan apabila polis dipanggil semasa perlawanan pusingan kumpulan Piala AFF antara Singapura dan Vietnam di Stadium Jalan Besar, yang mempunyai kapasiti 5,570 penonton, pada 30 Disember lalu.



Menurut laporan The Straits Times, seorang jurucakap FAS berkata ia telah mengambil langkah-langkah untuk berulang kali mengingatkan peminat bahawa mereka hanya dibenarkan membeli tiket khusus untuk bahagian masing-masing (iaitu zon penyokong tuan rumah dan lawan) dan pembeli tiket yang didapati tidak mematuhi syarat tersebut tidak akan dibenarkan memasuki stadium pada hari perlawanan".



Beliau menambah: "Ini dilakukan dalam tiga cara, pertama dalam bentuk pengumuman 'pop-up' yang muncul semasa proses pembelian tiket dalam talian dan memerlukan pengakuan peminat sebelum pembelian boleh diselesaikan.



"Kedua, papan tanda yang menonjol, dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Vietnam, juga diletakkan pada pandangan penuh peminat yang membeli tiket di stadium pada hari perlawanan itu sendiri. Akhirnya, kami juga memaklumkan peminat melalui saluran media sosial rasmi kami."



Sebilangan peminat Vietnam berkata mereka tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai tiket kerana tiket yang dimiliki mereka adalah bagi tempat duduk di zon penyokong tuan rumah, yang dikhaskan untuk peminat Singapura.



Penyokong lawan diperuntukkan 8 peratus daripada jumlah tiket yang dijual, seperti yang ditentukan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean.



Notis di laman web Ticketmaster menyatakan bahawa peminat tuan rumah dan lawan mesti membeli tiket yang betul untuk bahagian masing-masing dan penganjur berhak untuk menolak penyertaan mereka tanpa bayaran balik.



Dua perlawanan Singapura yang diadakdan di Stadium Jalan Besar, apabila Singapura menentang Myanmar pada 24 Disember dan Vietnam enam hari selanjutnya, menarik penonton seramai 5,370 dan 5,434.



Warga Singapura, Encik Simon Owen Khoo, yang memakai jersi Vietnam, menghadiri perlawanan itu bersama pasangannya yang merupakan warga Vietnam dan anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun.



Mereka duduk di granstan - dikhaskan untuk peminat tuan rumah - yang merupakan satu-satunya kawasan terlindung.



Beliau berkata beliau tidak diminta menunjukkan bukti beliau warga Singapura, walaupun melihat beberapa penyokong Vietnam tidak dibenarkan masuk ke bahagian penonton Singapura kerana gagal menunjukkan kad pengenalan Singapura.



Encik Owen, 57 tahun, yang bekerja sebagai tutor privet, berkata keadaan itu boleh dielakkan jika pihak berkuasa bertindak lebih fleksibel kepada peminat lawan walaupun mereka telah membeli tiket yang salah.



Beliau berkata beliau menyedari peminat Vietnam akhirnya membayar harga lebih mahal untuk membeli tiket penyokong tuan rumah yang dijual semula.



Jurucakap FAS berkata ia telah menyampaikan protokol tiket secara rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam beberapa minggu sebelum perlawanan.



Beliau berkata: "Majoriti penyokong tuan rumah dan penyokong lawan pada perlawanan itu didapati mematuhi syarat dan tiada insiden tidak diingini berlaku di stadium sepanjang perlawanan."




"(FAS) telah mengambil langkah-langkah untuk berulang kali mengingatkan peminat bahawa mereka hanya dibenarkan membeli tiket khusus untuk bahagian masing-masing (iaitu zon penyokong tuan rumah dan lawan) dan pembeli tiket yang didapati tidak mematuhi syarat ini tidak akan dibenarkan masuk ke dalam stadium pada hari perlawanan".
- Jurucakap FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >