Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS rancang memperkenal skim bakat asing semula

Sep 23, 2018 | 06:02 PM



SETELAH sekian lama ia menyepi, Skim Bakat Asing (FTS) mungkin akan diperkenalkan semula bagi membantu membangunkan semula bola sepak Singapura seperti yang pernah dilakukan sekitar lapan tahun lalu.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendedahkan bahawa mereka sedang meneliti semula idea mendapatkan bakat asing muda untuk disertakan dalam kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pemain tersebut antara pemain negara.



Ini merupakan antara rancangan FAS yang masih dalam pertimbangan, menurut Timbalan Presiden FAS Bernard Tan.



Buat masa ini, enam kelab setempat perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya dua pemain import dalam pasukan mereka.



Bagaimanapun FAS bakal mengenakan had umur bagi pemain import tambahan itu.



Difahamkan, pemain yang diambil haruslah pemain belia, sekurang-kurangnya 18 tahun.



Bercakap di luar acara Kongres Tahunan Majlis FAS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands semalam (22 September), Tan menjelaskan bahawa rancangan ini memerlukan pembangunan jangka panjang.



Pemain asing berbakat juga perlu dinilai dengan rapi sebelum dapat dianggap sesuai untuk menyertai pasukan negara.



Di samping itu, FAS akan memastikan pemain tersebut dapat rasa selesa dengan kehidupan di Singapura sejak usia yang muda selain mendapatkan pendidikan dan membangunkan bakat bola sepak mereka di sini.



“Kami sedang mencari peluang untuk mendapatkan pemain asing yang sangat berbakat kembali ke skuad kebangsaan,” ujar Tan.



“Kami akan memastikan pemain asing ini disertakan dalam skuad nasional dengan cara yang agak unik dalam konteks Singapura di mana kami mahu pemain ini datang dan bermain bola sepak mereka di sini pada usia muda.



“Dengan ini, ia akan membantu mereka bersepadu dengan masyarakat Singapura daripada usia yang muda sebelum menjadi warga negara ini dan menyarung jersi kami.



“Jadi inilah yang akan kami lakukan dengan menggunakan SPL sebagai wadah dan kami mungkin akan memperkenalkan perubahan kepada peraturan liga kami yang akan menggalak kelab membawa masuk pemain asing muda tambahan.”



Pemain terakhir untuk menjadi warga baru Singapura di bawah skim FTS adalah pemain kelahiran China, Qiu Li pada 2010.



Menurut naib presiden FAS S. Thavaneson pemain yang diambil juga perlu ada “keinginan untuk menetap dan menjadi warga negara ini”.



“Mereka perlu menjangkakan untuk menetap di sini pada masa akan datang dan dapat hidup sebagai rakyat Singapura... saya rasa inilah yang kami mahukan.



“Sebaiknya kami perlu mencuba mendapatkan pemain dari negara di mana kami mampu menarik minat mereka untuk menetap di sini," kata Thavaneson.



Antara pemain yang mungkin ditinjau ialah mereka yang berasal dari Eropah Timur. Ini kerana, menurut Thavaneson, pemain dari negara ini lebih baik dari segi bakat mereka.



Akur dengan cabaran yang dihadapi oleh kelab setempat untuk pergi ke luar negara dan mencari pemain import ini, FAS akan menawarkan bantuan untuk menghubungkan kelab tersebut dengan sumber serta ejen bola sepak yang mempunyai hubungan dengan badan bola sepak setempat itu.



“Jika anda melihat kepada statistik siapa yang berjaya menjadi pemain bola sepak profesional di peringkat teratas Eropah, jumlahnya hanya satu angka.



“Bakat sesetengah pemain ini mungkin telah dipupuk selama enam tahun sejak mereka berusia 10 atau 12 tahun di kelab utama Eropah. Meskipun mempunyai pengalaman itu, kadangkala mereka boleh dilepaskan begitu sahaja.



“Jika ini berlaku, ada yang mungkin mencuba nasib ke liga yang lebih rendah tetapi ada di antara mereka yang tidak diberikan peluang yang sama.



“Pemain ini mungkin masih mempunyai keinginan untuk bermain secara profesional pada usia muda dan mungkin mahu mencuba nasib mereka di Asia.



“Jadi inilah cara kami mendapatkan nama pemain ini dan bagi kami, ini akan menambahkan warna kepada ekosistem bola sepak kami juga,” ujar Tan lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >