Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FAS, SportSG: Salah faham tentang ketersediaan tempat, 2 perlawanan SYL ditunda

Apr 29, 2024 | 7:44 PM
Pemain pasukan bawah 13 tahun (U-13) Hougang United terpaksa tunggu di luar Stadium Bukit Gombak yang telah ditempah untuk pertandingan memanah sepanjang hari pada 27 April. Pasukan tersebut sepatutnya menentang Woodlands Lions dalam perlawanan Liga Belia Singapura (SYL) pada 27 April di stadium itu.
Pemain pasukan bawah 13 tahun (U-13) Hougang United terpaksa tunggu di luar Stadium Bukit Gombak yang telah ditempah untuk pertandingan memanah sepanjang hari pada 27 April. Pasukan tersebut sepatutnya menentang Woodlands Lions dalam perlawanan Liga Belia Singapura (SYL) pada 27 April di stadium itu. - Foto SHIDA

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Majlis Sukan Singapura (SportSG) mengesahkan bahawa dua perlawanan dalam Liga Belia Singapura (SYL) yang dijadualkan pada 27 April ditunda. 

Dalam satu kenyataan bersama dan menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), kededua pertubuhan berkata bahawa dapatan awal mereka menunjukkan terdapat salah faham dalam kalangan penganjur SYL mengenai ketersediaan tempat. 

Penangguhan tersebut telah menyebabkan banyak kesulitan dan rasa sedih kepada pasukan yang terjejas, ibu bapa, penonton, pegawai perlawanan dan kakitangan yang hadir tepat pada masanya untuk perlawanan. 

Kakitangan di tapak telah cuba sedaya upaya untuk mencari alternatif tetapi tidak berjaya.

Dua perlawanan SYL bawah 13 Tahun (U-13) melibatkan Woodlands Lions FC, Hougang United FC, Geylang International FC dan Pusat Pembangunan Nasional (NDC) Girls Bawah 15, yang dijadual berlangsung di Stadium Bukit Gombak pada 27 April terpaksa ditangguhkan. 

BH pertama kali melaporkan bahawa perlawanan aksi bawah 13 Tahun (U-13) antara kelab bola sepak Woodlands Lions FC dengan Hougang United FC telah dijadualkan pada 8 pagi di Stadium Bukit Gombak pada 27 April.

Namun begitu, kiriman gambar menunjukkan bahawa sudah terdapat khemah dan papan memanah diletakkan di padang stadium di bahagian barat Singapura itu.

Notis jadual di stadium juga mengatakan bahawa terdapat pertandingan memanah sepanjang hari, yang dijadualkan berlangsung 25-28 April. 

Menurut notis tersebut, pertandingan itu dianggap sebagai ‘acara eksklusif’.

Penganjur SYL berkata ia meminta maaf di atas kejadian dan mengakui bahawa ia telah gagal mencapai piawaian yang dijangkakan dalam organisasi SYL. 

Siasatan dalaman akan dilakukan dan kakitangan yang bertanggungjawab akan menghadapi tindakan tatatertib.

Kededua pertubuhan itu berkata: “SYL akan menghubungi secara rasmi pihak yang terjejas termasuk kelab, ibu bapa dan pemain pada minggu akan datang untuk menyatakan rasa kesal mereka atas kejadian tersebut.”

Menurutnya lagi, SYL juga akan menjadualkan semula perlawanan dan memaklumkan kelab secepat mungkin.

Sebagai prinsip utama, Unleash the Roar! projek bola sepak negara, SYL telah berjanji akan menyemak prosesnya bagi memastikan kesilapan sedemikian tidak berulang lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg