PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan meneruskan usaha menyemarakkan serta meningkatkan taraf bola sepak negara.
Berucap di Kongres Tahunan Majlis FAS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pagi tadi (22 September), Presiden FAS Lim Kia Tong berkata badan bola sepak negara itu akan memberi tumpuan utama kepada urus tadbir pertubuhan itu, meningkatkan penglibatan dengan pihak berkepentingan serta rancangan untuk merombak Liga Perdana Singapura (SPL).
Beliau turut menyentuh tentang bagaimana FAS akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan belia di peringkat sekolah.
Langkah ini juga akan membantu FAS mengembangkan lagi bilangan pemain belia selain mewujudkan peluang untuk mereka bermain secara kerap.
Lim berkata:
"Sepanjang tahun lepas, kami telah menubuhkan asas dalam mencapai matlamat bersama yang kami inginkan untuk bola sepak Singapura.
"Pada tahun yang akan datang, kami akan menyempurnakan rancangan kami untuk memastikan kami dapat membuat perubahan positif untuk bola sepak negara dan bersama-sama mencapai matlamat kecemerlangan bola sepak kita."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg