Premium
FAS umum Setiausaha Agung baru
Sep 4, 2018 | 5:30 AM
"Saya sedar akan jangkaan orang ramai terhadap bola sepak Singapura, dan mereka wajar mempunyai jangkaan sedemikian. Bersama dengan pasukan saya dan dengan sokongan Majlis FAS, kami akan terus bekerja keras untuk memperkukuh asas bola sepak bagi memajukan sukan ini sekali lagi." - Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Yazeen Buhari (gambar atas) - Foto FAS -
PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan Encik Yazeen Buhari sebagai Setiausaha Agung persekutuan itu bermula kelmarin setelah memangku jawatan tersebut sejak 1 Januari lepas.
Dalam kenyataannya, Presiden FAS, Encik Lim Kia Tong, berkata Yazeen telah mempamerkan kepimpinan yang cemerlang sejak dilantik Pemangku Setiausaha Agung.

