FAS: Young Lions, pasukan wanita tidak akan sertai Sukan Asia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FAS: Young Lions, pasukan wanita tidak akan sertai Sukan Asia 2026

FAS berkata ia berikutan pelaksanaan kriteria kelayakan oleh pihak penganjur
Feb 10, 2026 | 1:17 PM

FAS: Young Lions, pasukan wanita tidak akan sertai Sukan Asia 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singa Muda, wanita, pasukan, kebangsaan
Pasukan lelaki bawah 22 tahun Singapura perlu berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka pada 2026, selepas tewas dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan di Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember. - Foto ST

Pasukan bola sepak lelaki Bawah 22 Tahun Singapura dan pasukan kebangsaan wanita tidak akan menyertai Sukan Asia (Asiad) dari 19 September hingga 4 Oktober di Jepun, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Dalam satu kenyataan pada 9 Februari untuk mengumumkan jadual pasukan kumpulan umurnya bagi 2026, FAS menyatakan Singapura tidak akan diwakili di Asiad “berikutan pelaksanaan kriteria kelayakan oleh pihak penganjur yang telah disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA)”.

Ia menambah bahawa 16 pasukan lelaki yang bertanding dalam Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2026 di Arab Saudi pada Januari telah layak secara automatik ke Asiad, manakala kejohanan wanita akan terdiri daripada 12 pasukan dalam Piala Asia Wanita di Australia pada Mac.

Semasa kelayakan Piala Asia B-23 pada September 2025, Young Lions menduduki tempat tercorot dalam kumpulan selepas tewas ketiga-tiga perlawanan kepada Vietnam, Bangladesh dan Yaman.

Ini akan menjadi kali ketiga berturut-turut mereka terlepas sukan peringkat benua itu.

FAS memutuskan untuk tidak menghantar mereka ke Sukan Asia terakhir di Hangzhou, China, pada 2023, selepas semakan prestasi Sukan SEA mereka pada 2023 dan disebabkan oleh konflik penjadualan.

Perlawanan terakhir adalah pada edisi 2014 di Korea Selatan yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka dan tidak mara ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, pasukan kebangsaan wanita membuat penampilan sulung Asia pada 2023, apabila mereka tewas kedua-dua perlawanan kepada Korea Utara 7-0 dan 10-0.

Sebelum ini, pasukan bola sepak di Sukan Asia secara amnya disertakan oleh jawatankuasa Olimpik kebangsaan masing-masing tanpa sebarang kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh AFC.

Sebelum penarikan diri oleh beberapa negara, terdapat 23 pasukan lelaki dan 18 pasukan wanita yang dimasukkan ke Sukan Asia 2023, yang menyaksikan beberapa keputusan tidak seimbang, terutama di peringkat kumpulan.

Pengulas bola sepak dan bekas jurulatih Liga Perdana Singapura (SPL), Khidhir Khamis, merasakan bahawa tidak memenuhi kriteria adalah satu rahmat tersembunyi buat FAS.

Pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Young Lions tewas dalam kedua-dua perlawanan mereka kepada Thailand dan Timor-Leste dan menduduki tempat tercorot dalam kumpulan tiga pasukan mereka, sekali gus gagal layak ke separuh akhir untuk kali keenam berturut-turut.

Khidhir berkata: “Baguslah kita tidak terlibat. Saya fikir masih banyak yang kita perlu dilakukan dari segi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Ke Sukan Asia hanya akan membesar-besarkan isu yang kita ada, dan dalam media, ia tidak akan kelihatan baik. Dan juga untuk pemain, jurulatih, saya rasa ia juga tidak akan kelihatan baik.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg