Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Federer disanjung selepas umum gantung raket

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Keputusan pemain tenis Roger Federer, 41 tahun, untuk bersara mungkin tidak menghairankan, tetapi ia tetap disambut dengan kekecewaan oleh pemain lain dan bekas pemain.



Warga Switzerland itu, yang memenangi 20 kejuaraan Grand Slam dan beraksi dalam lebih 1,500 perlawanan sebagai seorang profesional, kelmarin mengumumkan keputusannya bersara selepas Piala Laver di London minggu depan.



Ramai menganggap Federer sebagai pemain tenis lelaki paling hebat dalam sejarah dan yang membawa sukan itu ke tahap baru.



Beliau beraksi selama 24 tahun dalam litar pertandingan tenis profesional.



Pesaing terhebat Federer di puncak kerjayanya, Rafael Nadal, berkata hari Federer bersara adalah hari paling sedih bagi dunia tenis.



"Saya benar-benar berharap hari itu tidak akan muncul," kata Nadal.



"Secara peribadi, ia adalah saat amat sedih bagi saya... saya rasa begitu juga bagi dunia sukan.



"Berkongsi gelanggang dengan Federer adalah satu keistimewaan dan satu penghormatan bagi saya. Saya bak tidak percaya kami telah melalui banyak saat indah, di dalam dan luar gelanggang."



Federer pemain tenis pertama memenangi 20 kejuaraan Grand Slam.



Namun, rekod bilangan itu telah dipecahkan Nadal - yang kini memiliki 22 kejuaraan Grand Slam - dan Novak Djokovic, yang telah memenangi 21 kejuaraan Grand Slam.



Tiga pemain itu bak membolot semua kejuaraan utama tenis dalam kurun ke-21 ini.



Nadal telah menentang Federer 40 kali, sementara Djokovic 50 kali berdepan dengan Federer di gelanggang.



Pemenang 12 kejuaraan utama, Billie Jean King, berkata Federer akan diingati sebagai seorang juara tenis yang disanjung pesaing utamanya.



"Roger Federer ialah juara dalam kalangan juara tenis," kata King.



"Beliau mempunyai keupayaan lengkap dan telah memikat ribuan peminat di seluruh dunia, termasuk dari luar sukan ini.



"Beliau bukan pantas secara fizikal di gelanggang sahaja, malah mempunyai minda yang pintar mengatur strategi."



Federer meninggalkan sukan ini sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah, dan sebagai pemain paling banyak memenangi kejuaraan di gelanggang rumput di Wimbledon.



Penganjur Wimbledon berkata: "Menjadi hos bagi kehebatan anda dan melihat anda menjadi juara ialah satu kenangan indah yang tidak akan kami lupakan."



Federer tidak berjaya memenangi pingat emas Olimipik dalam acara perseorangan, tetapi memenangi pingat tersebut bagi acara beregu bagi negaranya.



Presiden Switzerland, Ignazio Cassis, berkata:



"Terima kasih Roger Federer, kerana memberi kami kenangan indah menerusi semua perlawanan, kemenangan dan kekalahan dan emosi yang anda tunjukkan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >