Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Federer, Johanna Konta tarik diri daripada Sukan Olimpik

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Juara Grand Slam 20 kali Roger Federer dan pemain wanita nombor satu British Johanna Konta kededuanya telah menarik diri daripada bertanding di Sukan Olimpik Tokyo.



Federer, 39 tahun, tidak dapat beraksi akibat kecederaan lutut yang sedang dialami.



Legenda Switzerland itu menang pingat emas dalam acara beregu di Beijing 2008 dan pingat perak pada 2012, tewas dalam final perseorangan kepada Andy Murray.



Konta, 30 tahun, telah dijangkiti Covid-19 setelah menarik diri daripada Wimbledon ketika seorang anggota pasukannya diuji positif dan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat.



Federer, yang kini menduduki ranking nombor sembilan di dunia, telah menjalani dua pembedahan lutut pada 2020.



Dalam dua tahun terakhir ini, Federer telah menyaksikan jumlah Grand Slam beliau disamakan oleh pemain Sepanyol Rafael Nadal di Terbuka Perancis 2020 dan yang terbaru, oleh pemain Serbia Novak Djokovic - yang menang kejuaraan utama ke-20 beliau di Wimbledon 2021.



Setelah kalah kepada Hubert Hurkacz dari Poland dalam suku akhir Wimbledon, Federer memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau akan kembali bermain di SW19 (gelaran Wimbledon).



Konta menarik diri daripada Wimbledon sebelum kejohanan itu bermula.



Beliau terpaksa mengasingkan diri ketika seorang anggota pasukannya diuji positif bagi Covid-19.



Beliau kemudian mengatakan beliau mengalami simptom dan kini diuji positif, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat berlatih sejak dua setengah minggu lalu dan merasa beliau tidak bersedia untuk bertanding di Tokyo.



"Ini adalah kenyataan yang memilukan bagi saya, kerana mewakili Team CB di Sukan Olimpik di Rio pada 2016 adalah salah satu kenangan paling berharga dalam kerjaya saya," kata Konta di media sosial.



"Saya sedang buat yang terbaik untuk kembali ke tahap kesihatan dan kecergasan yang penuh dan bersedia untuk bersaing kembali tidak lama lagi.



"Ketika masa ini, saya juga akan melekat kepada televisyen saya bersorak rakan atlet Team GB saya dan harap anda akan menyertai saya."



Konta hanya dapat bermain 15 perlawanan tahun ini disebabkan kecederaan dan sekatan berkait Covid-19.



Team GB tidak dapat menamakan pengganti bagi Konta sebab tiada pemain British lain yang menduduki ranking yang cukup tinggi untuk melayakkan diri.



Justeru, penarikan Konta juga bermakna Heather Watson tidak mempunyai rakan beregu.



Pemain nombor dua British itu akan dihadkan untuk bertanding dalam acara perseorangan melainkan beliau dan Joe Salisbury melayakkan diri untuk beregu campuran.



Senarai penyertaan akan disahkan apabila temasya sukan itu bermula.



Dan Evans, Andy Murray dan juara beregu campuran Wimbledon Neal Skupski melengkapi Team GB untuk sukan tenis, yang bermula 24 Julai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >