Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Fenway Sports Group sedia jual Liverpool

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemilik kelab bola sepak Liverpool, Fenway Sports Group, menyatakan mereka terbuka untuk menimbangkan pemegang saham baru, sedang adanya laporan berkaitan kelab Liga Perdana itu kini mahu dijual.



Media The Athletic melaporkan bahawa FSG, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah mengundang tawaran untuk menjual juara liga England sebanyak 19 kali itu.



FSG, yang membeli Liverpool pada 2010, dilaporkan telah meminta bank pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk membantu dalam proses penilaian.



Media ESPN pula melaporkan FSG bersedia menjual "saham kawalan" dalam kelab itu, dengan satu memorandum maklumat penjualan dilaporkan dihantar kepada bakal pelabur pada bulan lalu.



FSG, yang berpangkalan di Boston, mengesahkan mereka berpotensi menerima pemegang saham baru tetapi tidak mengatakan The Reds kini mahu djual.



"Terdapat beberapa perubahan pemilikan baru-baru ini dan juga khabar angin mengenai perubahan pemilikan di kelab Liga Perdana," kata kenyataan FSG.



"Sememangnya kami sering ditanya mengenai pemilikan Fenway Sports Group di Liverpool.



"FSG sering menerima pertanyaan minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool.



"FSG telah menyatakan sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul, kami akan menimbangkan pemegang saham baru jika ia adalah demi kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab."



FSG, diketuai pemilik utama, John W Henry, membayar 300 juta pound Britain ($484 juta) bagi Liverpool 12 tahun lalu selepas rakan senegara mereka, Tom Hicks dan George Gillett, menjual kelab itu semasa di ambang masalah kewangan.



Forbes menilai Liverpool sekitar AS$4.45 bilion ($6.25 bilon) selepas tempoh yang berjaya di bawah pemilikan FSG, termasuk memenangi Liga Juara-Juara 2019 dan menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) yang pertama kelab itu sejak 30 tahun pada 2020.



Skuad kendalian pengurus Jurgen Klopp terlepas menjuarai empat kejuaraan pada tahun lalu, memenangi Piala Liga dan Piala FA namun masih menamatkan musim lalu sebagai naib juara EPL dan Liga Juara-Juara.



Kelab itu kini berada di tangga kelapan dalam liga utama England selepas permulaan buruk musim ini, walaupun mereka telah mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara, di mana mereka akan menentang Real Madrid. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >