Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fernandes perkukuh United

Tajuk berita lebih condong menonjolkan penjaring gol dan pemain kreatijf perintis peluang gol, tetapi dua pemain midfield Arsenal dan Manchester United dijangka memainkan peranan besar bagi pasukan masing-masing malam ini.
Jan 22, 2023 | 5:30 AM
- Foto-foto EPA-EFE, REUTERS
- Foto-foto EPA-EFE, REUTERS -

ANTARA pemain yang menjadi tunggak kebangkitan Manchester United musim ini ialah Bruno Fernandes. Pemain midfield kreatif ini telah muncul sebagai pemimpin pasukan di dalam dan luar padang.

Beliau juga telah menunjukkan keupayaannya 'memaksa' pemain lain beraksi lebih gigih apabila mereka berdepan tentangan hebat. Satu contoh ialah dalam perlawanan liga menentang Crystal Palace pada pertengahan musim lalu.

United tidak beraksi dengan baik, tetapi Fernandes tidak berputus asa dan berlari ke sana dan sini untuk memberi semangat kepada pasukannya.

Malah, beliau menjaringkan gol tunggal bagi United dalam perlawanan yang berkesudahan dengan seri itu.

Pengurus United Erik ten Hag, yang memberi Fernandes tanggungjawab sebagai kapten pasukan, berkata: "Fernandes menunjukkan kesungguhan memimpin pasukan, bukan di dalam padang sahaja, malah di luar.

"Beliau bersikap tidak berkira dan tidak segan mengherdik rakannya yang bermain di luar jangkaan. Inilah yang saya mahukan daripada kapten saya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg