Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1

FIA ambil langkah kurangi 'gegaran' semasa perlumbaan

Jun 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Badan yang mentadbirkan perlumbaan Formula Satu (F1) berkata ia sedang mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan gegaran keterlaluan dalam kereta yang telah menjejas pemandu sejak musim ini bermula.



Gegaran itu telah disifatkan oleh pemandu Mercedes, Lewis Hamilton sebagai "pengalaman paling sakit" yang pernah dilaluinya semasa berlumba dengan beberapa pemandu lain juga telah menyuarakan pendapat yang serupa.



Mereka berkata demikian menyusuli perlumbaan Grand Prix Azerbaijan pada minggu lalu.



Buat masa ini, Persekutuan Automobil Antarbangsa (FIA), badan yang mentadbirkan F1, telah mengeluarkan arahan teknikal kepada pasukan yang mengandungi rancangannya untuk menangani masalah gegaran yang digelar porpoising itu.



Perlumbaan kesembilan musim ini dijadual berlangsung di Canada pada hujung minggu ini.



Dalam satu kenyatan, FIA berkata ia telah masuk campur selepas mendapat nasihat doktor berhubung keadaan itu yang boleh membahayakan pemandu.



Ia berkata: "Dalam sukan di mana pelumba memandu kenderaan dengan kelajuan lebih 300 kilometer sejam, kami berpendapat pemandu harus menumpukan seluruh tumpuan kepada tugas itu tetapi rasa sakit yang keterlaluan yang dialami pemandu boleh menyebabkan kesan yang tidak negatif.



"Tambahan FIA mempunyai keprihatinan berhubung kesan ke atas kesihatan pemandu, dengan beberapa yang mengadu badan mereka kesakitan."



Gegaran yang berlaku ini disebabkan kenderaan berada terlalu rapat dengan permukaan jalan raya yang menyebabkannya 'melambung'.



Keadaan ini berulang beberapa kali, terutama apabila pemandu mencapai tahap kelajuan paling tinggi, misalnya di bahagian litar perlumbaan yang memanjang.



Ia muncul semula dalam F1 selepas 40 tahun menghilang, kerana desain kereta musim ini telah diubah untuk menjadikan perlumbaan lebih sengit.



Hamilton, antara pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah, berkata pengalaman yang dilalui di Grand Prix Azerbaijan adalah 100 kali lebih buruk daripada yang dilihat di televisyen.



Beliau berkata demikian selepas rakan sepasukan George Russel berkata isu keselamatan pemandu kini menjadi keprihatinan akibat keadaan itu.



Awal daripada itu, pemandu Ferrari, Carlos Sainz, berkata:



"Berapa banyak pengorbanan kesihatan yang harus ditanggung oleh seorang pemandu yang ingin membina kerjaya di F1?"



Bercakap kepada BBC, pemandu Alfa Romeo, Valtteri Bottas, pula berkata gegaran yang dialami pemandu telah menjadi isu serius dan beliau percaya ia boleh mendatangkan kecederaan.



"Saya kurang pastsi bagaimana keadaan ini boleh diteruskan pada masa depan. Adalah kurang masuk akal, jika pemandu mengalami kecederaan apabila sekadar memandu kenderaan itu," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >