Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

FIA lucutkan Masi daripada jawatan pengarah perlumbaan, umum perubahan lain

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Michael Masi dilucutkan daripada jawatannya sebagai pengarah perlumbaan Formula Satu, sebagai sebahagian tindakan susulan yang diambil Persatuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas Grand Prix Abu Dhabi berakhir dengan kontroversi musim lalu.



Presiden FIA Mohammed ben Sulayem turut mengumumkan beberapa perubahan lain yang diharap dapat memperketat pelaksanaan peraturan perlumbaan mulai musim ini.



Di Abu Dhabi, Masi gagal melaksana peraturan sewajarnya semasa kereta keselamatan berada di litar dan keputusan itu menjejas secara langsung kedudukan ranking dunia.



Mulai musim ini, dua pegawai akan bergilir-gilir menyandang jawatan itu, dengan dibantu beberapa pegawai tambahan.



Pengarah perlumbaan baru ialah Eduardo Freitas, yang sebelum ini melaksana tugas itu di Kejohanan Lasak Sedunia, dan Niel Wittich, yang berkhidmat dalam jawatan itu di Kejohanan Jelajah Kereta Jerman DTM.



Freitas dan Wittich akan dibantu oleh veteran F1 Herbie Blash, yang bertindak sebagai timbalan pengarah perlumbaan semasa bekas pengarah FIA F1 Charlie Whiting menyandang jawatan pengarah perlumbaan.



Masi mengambil alih tugas itu selepas Whiting meninggal dunia pada malam permulaan musim 2019.



Walaupun Masi tidak akan berkhidmat sebagai pengarah perlumbaan lagi, beliau akan ditawarkan jawatan baru di FIA, kata Ben Sulayem.



Selain itu, FIA mengorak langkah untuk menyediakan ruang perlumbaan lebih tenang dan lebih terkawal pada masa depan.



Antaranya, hubungan langsung menerusi radio antara pengarah perlumbaan dengan pasukan yang berlumba tidak akan dibenarkan pada musim akan datang ini.



Di Abu Dhabi, Masi dikenakan tekanan oleh kededua pasukannya, Mercedes dan Red Bull, yang mendesaknya supaya mengambil keputusan yang memberi kelebihan kepada pasukan masing-masing.



Ini disifatkan sebagai punca kontroversi kerana Masi menuruti permintaan Red Bull yang memberi kelebihan kepada Max Verstappen ke atas Lewis Hamilton.



Masi gagal melaksanakan dua peraturan - berhubung pengurusan kereta yang telah dipotong dan cara memulakan semula perlumbaan selepas kereta keselamatan keluar litar.



Menyusuli itu, Verstappen, yang menggunakan tayar baru, berjaya memotong Hamilton - yang masih menggunakan tayar lebih haus - semasa perlumbaan berbaki satu pusingan.



Ini walaupun Hamilton, yang sedang memburu kejuaraan F1 keseluruhan kelapan, mendahului pelumba lain sepanjang perlumbaan.



Dua pelumba itu memulakan perlumbaan dengan mata terikat di ranking semusim dan kemenangan Verstappen di Abu Dhabi juga memberinya kejohanan keseluruhan musim 2021. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >