Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Fifa ancam larang pemain Liga Super Eropah bermain di Piala Dunia

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



LAUSANNE (Switzerland): Fifa akan mengambil tindakan tegas menyusuli spekulasi tentang Liga Super Eropah, sambil menegaskan bahawa pemisahan dari kelab terkemuka "tidak akan diiktiraf oleh Fifa atau gabungan masing-masing.



Dalam pada itu, pemain juga menghadapi risiko dilarang beraksi dalam Piala Dunia dan pertandingan utama, jika mereka terlibat.



"Mana-mana kelab atau pemain yang terlibat dalam pertandingan seperti itu tidak akan dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Fifa atau gabungan mereka masing-masing," kata Fifa dalam satu kenyataannya kelmarin yang ditandatangani presidennya, Gianni Infantino bersama ketua keenam-enam konfederasi benua termasuk Uefa.



Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap apa yang disebutnya sebagai "spekulasi media baru-baru ini" mengenai pemisahan oleh beberapa kelab terkaya dunia.



Pada Oktober lalu, presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu membuat pengumuman mengejutkan bahawa beliau akan mengundurkan dirinya, dengan membuat dakwaan kelab itu telah menerima saranan untuk beraksi dalam "Liga Super Eropah yang akan dianjurkan di masa hadapan".



Ini menyusuli laporan di UK bahawa rundingan hampir selesai untuk menubuhkan "Liga Perdana Eropah" yang menampilkan 18 kelab, disokong oleh pembiayaan sebanyak $6 bilion dari bank-bank utama.



Namun begitu, laporan tersebut dikeluarkan sedang perbincangan masih lagi berlangsung mengenai format Liga Juara-Juara masa depan - pertandingan kelab yang paling menguntungkan dan berprestij di dunia.



Sementara itu, Fifa masih lagi menetapkan tumpuannya pada rancangan untuk memperluaskan Piala Dunia Kelab yang akan menampilkan 24 pasukan - rancangan yang diperjuangkan Infantino.



Pertandingan tersebut akan diadakan buat julung kalinya tahun ini di China tetapi dilanjutkan ke tarikh kemudian setelah Euro 2020 dan Copa America ditunda ke bulan Jun dan Julai 2021 disebabkan wabak koronavirus.



Edisi 2020 Piala Dunia Kelab yang ditangguhkan pula akan berlangsung bulan depan dalam format sedia ada, yang hanya melibatkan juara setiap konfederasi - kecuali pasukan Auckland City of Oceania dari New Zealand yang menarik diri kerana komplikasi yang disebabkan oleh wabak tersebut dengan juara pasukan tuan rumah Qatar, menggantikan tempat mereka.



"Mengikut undang-undang Fifa dan konfederasi, semua pertandingan harus diatur atau diiktiraf oleh badan yang berkenaan di peringkat masing-masing, oleh Fifadi peringkat global dan oleh gabungan di peringkat benua," kata Fifa.



"Dalam hal ini, gabungan mengiktiraf Piala Dunia Kelab Fifa, dalam formatnya sekarang dan baru, sebagai satu-satunya pertandingan kelab di seluruh dunia sementara Fifa mengiktiraf pertandingan kelab yang dianjurkan oleh gabungan sebagai satu-satunya pertandingan benua kelab." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >