Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Fifa: Format Piala Dunia 2026 diperluas, tampilkan 48 pasukan, 104 perlawanan

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



ZURICH: Piala Dunia 2026 akan mengadakan 104 perlawanan berbanding 64 perlawanan tradisional kerana format yang diperluaskan dengan 48 pasukan mengambil bahagian.



Ini dikatan badan induk bola sepak global Fifa pada Selasa, menjelang kongresnya di Kigali, Rwanda.



Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Canada dan Mexico, akan menjadi edisi pertama kejohanan itu di mana 48 pasukan mengambil bahagian.



Perlawanan akhir akan diadakan pada 19 Julai 2026.



Seperti format sebelumnya, format baru itu juga akan menempatkan empat pasukan dalam satu kumpulan, selepas cadangan untuk menempatkan tiga pasukan dalam satu kumpulan telah ditolak.



Bagaimanapun, bilangan kumpulan akan meningkat daripada lapan kepada 12. Pelan asal untuk Piala Dunia 2026 mempunyai sejumlah 80 perlawanan tetapi keputusan untuk menambah jumlah perlawanan kepada 104 telah diluluskan oleh majlis Fifa semasa mesyuarat pada Selasa.



Secara tradisi, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir tetapi edisi 2026 juga akan mempunyai lapan pasukan terbaik di tangga ketiga yang berpeluang mara ke pusingan kalah mati 32 pasukan terakhir.



"Majlis Fifa sebulat suara meluluskan cadangan pemindaan kepada format pertandingan Piala Dunia Fifa 2026.



"Format yang disemak semula mengurangkan risiko pakatan sulit dan memastikan semua pasukan bermain sekurang-kurangnya tiga perlawanan, sambil menyediakan masa rehat yang seimbang antara pasukan yang bersaing," kata Fifa.



Piala Dunia 2022, yang menampilkan 32 pasukan, mempunyai sejumlah 64 perlawanan yang diselesaikan dalam 29 hari. Kali terakhir Mexico (1986) dan Amerika Syarikat (1994) menjadi tuan rumah Piala Dunia, hanya terdapat 24 pasukan.



Kejohanan itu mempunyai 32 pasukan sejak edisi 1998, dengan lapan kumpulan masing-masing mempunyai empat pasukan dan finalis bermain tujuh perlawanan. Namun pasukan finalis pada Piala Dunia 2026 akan bermain lapan perlawanan secara keseluruhan.



Fifa berkata kelab perlu melepaskan pemain mereka untuk Piala Dunia mulai 25 Mei 2026 melainkan mereka yang terlibat bagi final pertandingan utama seperti Liga Juara-Juara.



Dalam keadaan sedemikian, kelab mempunyai masa sehingga 30 Mei untuk membenarkan pemain menyertai pasukan nasional mereka.



"Dengan 56 hari, jumlah gabungan hari rehat, pelepasan dan kejohanan kekal sama dengan edisi Piala Dunia Fifa 2010, 2014 dan 2018," tambah Fifa.



Kalendar antarabangsa yang baru distrukturkan juga telah diluluskan dengan tempoh sembilan hari untuk dua perlawanan pada Mac dan Jun, tempoh 16 hari untuk empat perlawanan pada September dan Oktober, diikuti dengan tempoh sembilan hari untuk dua perlawanan pada November.



Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) berkata mereka bimbang tentang "keletihan fizikal dan mental" kerana jadual yang terlalu padat.



Ketua eksekutif PFA, Encik Maheta Molango, berkata kalendar bola sepak memerlukan "pembetulan semula sepenuhnya".



"Format Piala Dunia diperluas yang diumumkan untuk 2026 bermakna sekali lagi, lebih banyak perlawanan terpaksa disesuaikan dalam jadual yang sudah padat," katanya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >