Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fifa mahu pemain wanita hamil ambil cuti bersalin

Nov 19, 2020 | 10:55 PM
USAHA MENGGALAK PEMAIN WANITA BERKELUARGA: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) merancang untuk memperkenalkan dasar bagi melindungi pemain wanita yang hamil termasuk mewajibkan mereka mengambil cuti bersalin sekurang-kurangnya 14 minggu. - Foto FIFA
USAHA MENGGALAK PEMAIN WANITA BERKELUARGA: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) merancang untuk memperkenalkan dasar bagi melindungi pemain wanita yang hamil termasuk mewajibkan mereka mengambil cuti bersalin sekurang-kurangnya 14 minggu. - Foto FIFA -

LAUSANNE: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) merancang untuk memperkenalkan dasar bagi melindungi pemain wanita yang hamil termasuk mewajibkan mereka mengambil cuti bersalin sekurang-kurangnya 14 minggu.

Mengumumkan demikian pada Khamis (19 Julai), ketua pegawai bola sepak wanita Fifa, Sarai Bareman, berkata pihaknya mahu melihat lebih ramai wanita menceburi sukan bola sepak tetapi "pada masa yang sama mempunyai keluarga".

Persekutuan tersebut berkata ia akan menyarankan beberapa saranan untuk diluluskan oleh Majlis Fifa bulan depan, sekali gus membolehkan ia diperkenalkan kepada semua 211 anggota.

Cuti bersalin wajib 14 minggu itu akan menyaksikan pemain dijamin minimum dua pertiga gaji kontrak mereka.

Fifa juga ingin melihat keadaan di mana kelab sukar untuk melepaskan pemain yang hamil.

"Tiada pemain wanita seharusnya mengalami kekurangan disebabkan mereka hamil," kata Fifa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg