Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FIFA pertahan pemain bantah perkauman

Jun 3, 2020 | 4:00 PM
TOLAK PERKAUMAN: Fifa menggesa kesemua liga untuk menggunakan 'budi bicara' apabila ingin memutuskan sama ada perlu diberi tindakan disiplin ke atas pemain bola sepak kerana mempamerkan mesej berunsur politik.
TOLAK PERKAUMAN: Fifa menggesa kesemua liga untuk menggunakan 'budi bicara' apabila ingin memutuskan sama ada perlu diberi tindakan disiplin ke atas pemain bola sepak kerana mempamerkan mesej berunsur politik. - - Foto: REUTERS

PARIS: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggesa kesemua liga untuk menggunakan 'budi bicara' apabila ingin memutuskan sama ada perlu diberi tindakan disiplin ke atas pemain bola sepak kerana mempamerkan mesej berunsur politik.

Ia susulan beberapa pemain dalam saingan Bundesliga yang menuntut keadilan buat George Floyd ketika perlawanan.

"FIFA amat memahami sentimen dan juga kebimbangan yang ditunjukkan oleh ramai pemain bola sepak susulan kes tragik dialami George Floyd," kata badan induk bola sepak antarabangsa itu dalam satu kenyataan.

Selepas menjaringkan gol bagi membantu pasukannya meraih kemenangan di Paderborn, Ahad lalu, pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho, mengangkat jersinya untuk menunjukkan mesej 'Keadilan untuk George Floyd'.

Rakan sepasukannya, Achraf Hakimi dan pemain Schalke dari Amerika Syarikat, Weston McKennie turut melakukan perkara yang hampir sama, manakala penyerang Moenchengladbach dari Perancis, Marcus Thuram, menunjukkan lutut ketika menjaringkan gol bagi memperingati Floyd.

Floyd meninggal dunia minggu lalu selepas seorang anggota polis di Minneapolis menekan lututnya di leher mendiang yang bergari untuk beberapa minit.

Insiden berkenaan mencetuskan protes keganasan di seluruh Amerika Syarikat.

Ahli Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), penggubal sukan, menghalang pemain daripada menunjukkan 'sebarang perkara berunsurkan politik, keagamaan atau slogan peribadi, kenyataan atau imej'.

Namun, atas kempen anti perkauman yang dilakukan mereka, FIFA memutuskan tiada tindakan harus diambil ke atas Sancho, Hakimi ataupun McKennie. - BHM, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg