Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI DUNIA 7 SEPASUK

Fiji juara kategori lelaki, wanita Aust akhiri penguasaan NZ

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



FIJI memenangi Piala Dunia Ragbi Tujuh Sepasuk bagi kategori lelaki manakala skuad wanita Australia pula mengakhiri dominasi New Zealand untuk mendapat gelaran juara dunia.



Tenika Willison gagal menyempurnakan sepakan conversion pada minit-minit akhir sekali gus memberi kemenangan 24-22 kepada Australia. Ini merupakan piala dunia kedua negara Kangaroo itu.



Sedang perlawanan akhir wanita merupakan saingan sengit, keadaannya tidak begitu bagi pertarungan akhir lelaki.



Fiji mendahului 24-5 dalam separuh masa pertama sebelum pemain New Zealand, Akuila Rokolisoa, merapatkan jurang pada separuh masa kedua meskipun ia tidak mencukupi untuk merubah keadaan.



Kemenangan Fiji, yang susuli kejayaan mereka memenangi pingat emas di Sukan Olimpik lalu, adalah kejuaraan dunia pertama mereka dalam tempoh 17 tahun. Namun, Fiji menyamai rekod New Zealand, yang mempunyai tiga kejuaraan dunia.



"Ia merupakan persembahan yang hebat, para pemain telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang pertandingan," kata jurulatih Fiji yang berasal dari England, Ben Gollings.



"Kami dikenali sebagai pasukan yang suka menyerang, namun kunci kejayaan kami dalam pertandingan ini ialah pertahanan kami yang mantap. Benteng pertahanan kami telah bermain dengan baik sekali, mereka telah berjuang hebat," tambah beliau.



Dalam pada itu, Ireland memenangi pingat gangsa dengan kemenangan 19-14 ke atas Australia bagi kategori lelaki manakala Perancis merangkul gangsa dalam pertandingan wanita. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >