Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI 7 SEPASUK S’PURA HSBC

Fiji kembali aksi dengan penuh bergaya; kejuaraan ketiga di SG

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



HEBAT sekali dapat kembali beraksi di padang, lebih-lebih lagi membantu Fiji mencapai kejayaan, kata pemainnya, Jerry Tuwai.



Fiji, yang terlepas bermain di pusingan di Sepanyol pada Januari lalu dek kes Covid-19 dalam skuad, membuat kemunculan semula dalam litar ragbi tujuh sepasuk dunia dengan penuh gaya ketika dinobat juara Ragbi Tujuh Sepasuk Singapura HSBC 2022.



Pasukan bergelar Flying Fijians itu menewaskan New Zealand 28-17 di final kejohanan yang berlangsung di Stadium Negara malam kelmarin.



Kemenangan itu merupakan kejuaraan siri pertama buat Fiji sejak di Sydney pada Januari 2020 dan yang ketiga mereka di Tujuh Sepasuk Singapura. Mereka pernah muncul johan di Singapura pada 2006 dan 2018.



Di edisi Tujuh Sepasuk Singapura minggu lalu, Fiji perlu bangkit selepas kalah mengejut 12-21 kepada Ireland dalam perlawanan pembukaan.



Pasukan itu kemudian bangkit mencatatkan empat kemenangan ke atas Perancis, Jepun, Afrika Selatan dan Australia untuk sampai ke final.



Ditemui selepas final malam kelmarin, Tuwai, 33 tahun, berkata:



"Kami bermula sangat perlahan dalam perlawanan pertama. Tapi, kami kembali ke bilik persalinan dan bercakap tentang matlamat kami iaitu untuk menang kejohanan.



"Kami menetapkan semula fokus dan kembali bersatu dan dari situ, kami beraksi mengikut tahap sebenar kami.



"Kami telah lama berehat dan mahu meletakkan Fiji kembali di atas. Ini adalah perlawanan yang baik untuk kami. Kedua-dua pasukan New Zealand dan Fiji mengenali satu sama lain tapi kami bertuah hari ini dan saya gembira dengan kemenangan itu."



New Zealand turut membuat penampilan pertama mereka musim ini di Singapura selepas 25 bulan "berehat" akibat penutupan sempadan dan sekatan perjalanan yang disebabkan pandemik.



Walaupun terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua, pemain All Blacks, Moses Leo, yang membuat penampilan sulungnya dalam siri di Singapura, berkata:



"Ia pastinya seronok dapat bersaing dengan pasukan terbaik dunia. Memang istimewa dapat beraksi di final meskipun keputusannya tidak memihak kepada kami... apapun saya nikmati setiap detik pahit dan manis itu."



Kejuaraan kelmarin meletakkan Fiji di tempat ketujuh daripada 19 pasukan yang bertanding.



Afrika Selatan, juara edisi lalu pada 2019, kekal mendahului tangga siri musim ini dengan 98 mata, diikuti dengan Australia dan Argentina (kedua-duanya 83 mata) selepas lima pusingan.



Musim ini menampilkan sembilan pusingan. Semua 16 pasukan seterusnya akan ke Vancouver bagi Tujuh Sepasuk Canada pada 16 dan 17 April.



Tujuh Sepasuk Singapura adalah acara besar sukan yang pertama di sini untuk membenarkan penonton makan dan minum di tempat duduk mereka di tengah-tengah pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >