Premium
'Final Eight' dijangka dijalankan di Lisbon
Usul selesaikan kejuaraan dalam satu pusingan, tanpa perlawanan di padang sendiri dan lawan
Jun 17, 2020 | 5:30 AM
TUKAR HOS: Istanbul asalnya dijadualkan menjadi hos perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2020, tetapi kini ia akan dijalankan di Lisbon sementara Istanbul akan menjadi medan pertarungan akhir edisi 2021. Rancangan 'Final Eight' bagi menamatkan pertandingan itu dibentangkan bagi pengesahkan Uefa hari ini. - Foto REUTERS -
MANCHESTER: Uefa dijangka menamatkan kejuaraan Liga Juara-Juara melalui satu kejohanan 'Final Eight' yang akan diadakan selama 11 hari di Lisbon, menurut sebuah rancangan yang dibentangkan bagi pengesahkan jawatankuasa eksekutifnya hari ini.
Sumber yang mempunyai butiran mengenai perbincangan antara kelab dan badan pentadbir bola sepak Eropah itu memberitahu Reuters usul itu dijangka disetujui selepas kesepakatan dicapai kelmarin.

