Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FINAL PIALA CARABAO EFL: DEBARAN cuba menang trofi pertama

Ten Hag: Tekanan untuk menang bantu Man U

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Bos Manchester United Erik ten Hag berharap dapat memenangi trofi pertama sejak lima tahun lalu.



Kemenangan Liga Europa pada Mei 2017 di bawah Jose Mourinho adalah yang terakhir daripada 66 kejuaraan United (termasuk Perisai Amal/Masyarakat) dan final Liga Europa 2021 adalahpeluang terdekat mereka sejak itu.



United kekal bersaing untuk menjuarai semua keempat-empat pertandingan - Liga Perdana England, kedua-dua piala domestik dan Liga Europa - dan pada Ahad, mereka akan mengambil langkah penting untuk mengecapi kejayaan apabila mereka menentang Newcastle United pada perlawanan akhir Liga Carabao di Wembley.



Ten Hag percaya penantian yang lama akan memberi inspirasi kepada pasukannya. "Ia milik kelab ini untuk memenangi trofi jadi kami perlu kembali ke landasan yang betul," katanya.



Beliau tidak percaya pemainnya akan tergelincir di bawah beban jangkaan. "Kami suka tekanan dan kami perlukan tekanan - ia bagus. Kita perlu menanganinya; ia memberi kami lebih motivasi."



Ten Hag juga tahu kesan kemenangan trofi untuk tempoh barunya di Old Trafford.



"Ia memberi anda keyakinan dan sebaik sahaja anda memenangi trofi, ia memberi anda keyakinan bahawa anda tahu bagaimana untuk menang. Dan dalam saat-saat sukar anda belajar bagaimana anda kekal dalam permainan, bagaimana untuk kekal bersaing untuk memenangi permainan kerana anda tahu peluang akan datang dan, juga, apa yang anda perlu lakukan untuk sampai ke tahap itu.



"Memenangi trofi juga menguji mental. Memenangi permainan adalah satu perkara, memenangi trofi adalah satu perkara lagi. Dalam detik-detik penentu ini, kita harus tahu apa yang perlu dilakukan. Saya fikir ia adalah garis nipis (di mana kedudukan kami).



"Kami banyak berkembang secara mental tetapi masih ada satu langkah lagi. Ini semua tentang memenangi trofi, jadi kami mempunyai peluang yang baik."



Sebagai pengurus, senarai pencapaian Ten Hag menampilkan tiga gelaran Eredivisie dan dua piala Belanda bersama Ajax, dari 2018 hingga 2022.



"Memenangi trofi adalah perasaan paling baik yang anda boleh miliki dan saya bertuah dapat memenangi beberapa gelaran dalam kerjaya saya dan ia sangat mengagumkan, terutamanya untuk peminat.



"Peminat di sini mempunyai sedikit pengalaman, terutamanya golongan lebih tua. Tempoh Manchester United tidak memenangi trofi terlalu lama. Kami menyedari hakikat itu dan kami perlu mula melakukannya sekali lagi."



Ten Hag akan bergantung pada bintang Red Devils, Marcus Rashford dan anak didik lain untuk meneruskan prestasi mantap mereka di Wembley.



Penyerang England berusia 25 tahun itu telah menyumbat 24 gol untuk kelab musim ini, yang paling tinggi dalam kerjayanya.



Kebangkitan Rashford di bawah pemain Belanda Ten Hag adalah luar biasa.



Musim lalu, ketika dilanda kecederaan, keraguan diri dan mempunyai niat untuk berpindah dari kelab zaman kanak-kanaknya, Rashford menemui sasaran hanya lima kali dalam 32 penampilan.



Dua golnya dalam kemenangan liga 3-0 ke atas Leicester minggu lalu bermakna beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 17 perlawanan sejak kembali daripada tugasan Piala Dunia bersama England.



Bahkan, United bukan hanya cemerlang ketika menyerang, tetapi juga dalam mempertahankan bentengnya.



Kemenangan ke atas Foxes adalah kali ke-18 musim ini United tidak dibolosi - dengan David de Gea tidak tewas sebanyak 15 kali.



Warga Sepanyol itu mempunyai 10 perlawanan tanpa bolos sepanjang 24 aksi liga, manakala pada tempoh yang sama musim lalu beliau mempunyai lima sahaja. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >