Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FINAL PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA (AFCON)

Selepas berdekad kecewa Senegal juara

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



DAKAR: Senegal bergegar dengan sambutan meriah malam kelmarin selepas pasukan bola sepaknya mengatasi Mesir 4-2 dalam penentuan sepakan penalti untuk memenangi Piala Negara-Negara Afrika, memberikan negara Afrika Barat itu kemenangan pertama kejohanan selepas berdekad-dekad mengalami kekecewaan dalam final.



Sorakan, hon kereta dan bunga api menyambut wisel penamat di ibu kota pantai Dakar selepas kemenangan yang diraih dengan sukar dalam penentuan sepakan penalti.



Kejuaraan itu sekali gus memadamkan reputasi Senegal sebagai salah sebuah negara bola sepak Afrika yang kurang handal.



Ribuan orang turun ke jalan raya, dengan ramai yang mengibarkan bendera dari atas bumbung kereta yang dipandu laju. Mereka berpelukan dan menangis sementara puluhan orang berlari ke pantai di pinggir bandar utara itu, menjerit kegembiraan.



"Senegal telah tewas banyak kali dalam final. Kejuaraan ini melegakan. Akhirnya, kami memilikinya!" kata Pape Malick Diba, seorang peniaga berusia 31 tahun, yang menari dengan rakan-rakan di zon peminat di Dakar, di mana penyokong berrebut-rebut melihat skrin melalui orang ramai.



Detik keghairahan besar-besaran ini jarang berlaku bagi peminat Senegal, yang telah menyaksikan banyak kekalahan yang memedihkan, dan juga dalam dua tahun lalu telah mengalami sekatan dan kesulitan ekonomi yang disebabkan pandemik.



Senegal tewas kepada Algeria dalam final sebelumnya pada 2019, tetapi ia ke pertandingan tahun ini sebagai pasukan pilihan.



Skuad mereka dibintangi pemain dari kelab terbaik Eropah, termasuk penyerang handal Liverpool Sadio Mane, yang menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti di ibu kota Cameroon, Yaounde, selepas gagal menyempurnakan penalti pada awal permainan.



Kelmarin, Mane menyaksikan penjaga gol Mesir Mohamed Abou Gabal menyelamatkan sepakan penaltinya pada minit ke-7 di Stadium Olembe tetapi Mesir tidak memanfaatkan kelebihan itu sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.



Mohamed Salah sepatutnya mengambil sepakan penalti kelima Mesir tetapi selepas sepakan Mohamed Abdelmonem terkena palang serta sepakan Mohanad Lasheen dinafikan Edouard Mendy, bintang Liverpool itu tidak berpeluang untuk melakukannya.



Salah dilihat menitiskan air mata ketika rakan sepasukannya, Mane bersedia mengambil sepakan penalti penentuan.



Selepas tewas dua kali pada aksi final, Senegal akhirnya muncul juara Piala Negara-Negara Afrika manakala Mesir gagal menjulang piala berprestij itu kali kelapan yang juga kali pertama untuk Salah.



"Ia hanya membuktikan bahawa jika anda berusaha gigih, jika anda tekun, anda boleh memperolehi apa yang anda inginkan," kata jurulatih Senegal Aliou Cisse.



"Saya sangat terkesan sebab rakyat Senegal sememangnya mahukan trofi ini sejak 60 tahun lalu."



Ia juga satu kejayaan buat Cisse, yang menjadi kapten skuad itu pada 2002 apabila mereka tewas pada final menerusi penalti di tangan Cameroon selepas seri tanpa jaringan.



Penjaga gol Mesir Gabal, yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan, merumuskan perasaan pasukan yang kalah, berkata: "Kami benar-benar kecewa tetapi itulah bola sepak, sama ada anda menang atau kalah."



Ia adalah final kelima dalam 11 edisi terakhir kejohanan itu yang ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di akhir perlawanan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >