Premium
Finalis Sukan Olimpik AS digantung 18 bulan
Jul 20, 2020 | 5:30 AM
DEAJAH STEVENS: Dapat tempat ketujuh dalam acara Final 200 meter pada Sukan Olimpik 2016. - Foto AFP -
LONDON: Finalis Sukan Olimpik acara pecut 200 meter Amerika Syarikat, Deajah Stevens, dilarang daripada bertanding dalam Sukan Olimpik di Tokyo pada 2021 kerana gagal menghadirkan diri bagi ujian anti-dadah.
Atlit berusia 25 tahun itu telah digantung seelama 18 bulan bermula 17 Februari hingga 16 Ogos 2021, lapan hari selepas Sukan Olimpik Tokyo yang seharusnya diadakan tahun ini, namun terpaksa dijadualkan semula ekoran pandemik Covid-19.

