Premium
Firdaus Kasman, Farhan Zulkifli sertai skuad nasional
Sep 27, 2019 | 5:30 AM
DUA PERUBAHAN HIASI SKUAD SINGA: Firdaus (kanan) antara dua pemain yang dipanggil dalam skuad pasukan Singa yang bakal menentang Arab Saudi dan Uzbekistan dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023 bulan depan. - Foto SINGAPORE PREMIER LEAGUE -
JURULATIH pasukan bola sepak nasional Tatsuma Yoshida membuat dua perubahan daripada skuad yang mencatat keputusan seri dengan Yaman dan kemenangan ke atas Palestin dalam dua perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023 awal bulan ini.
Pemain midfield Geylang International Firdaus Kasman dan pemain sayap Hougang United Farhan Zukifli mendapat panggilan jurulatih berasal daripada Jepun itu, menurut pengumuman skuad 23 pemain bagi kempen pusingan kedua kelayakan bulan depan, yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.

