Forest cemerlang, namun hanya mara ke saringan Liga Europa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Forest cemerlang, namun hanya mara ke saringan Liga Europa

Kelab Liga Perdana Scotland, Celtic, turut tempah tempat apabila atasi Utrecht 4-2
Jan 30, 2026 | 2:56 PM

Forest cemerlang, namun hanya mara ke saringan Liga Europa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bola sepak, Liga Europa, Nottingham Forest mara ke pusingan saringan, tumpaskan Ferencvaros 4-0, Celtic atasi Utrecht 4-2.
Penyerang Nottingham Forest, Igor Jesus (kanan), menyumbang dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Ferencvaros dalam saingan Liga Europa pada 29 Januari. - Foto REUTERS

PARIS: Nottingham Forest mara ke pusingan saringan Liga Europa setelah menumpaskan Ferencvaros dengan keputusan 4-0 pada 29 Januari.

Kelab Liga Perdana Scotland, Celtic, turut menempah tempat mereka apabila mengatasi Utrecht 4-2.

Aston Villa pula mencapai kedudukan kedua dalam fasa liga Liga Europa, dan terus mara ke pusingan 16 terakhir setelah bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam persaingan sengit untuk menewaskan Red Bull Salzburg 3-2.

Kelab Liga Perdana England (EPL), Forest, sebelumnya mempunyai peluang tipis untuk menamatkan fasa liga Liga Europa dalam kedudukan lapan yang terbaik demi terus mara ke pusingan 16 terakhir.

Mereka bukan sekadar perlu mengatasi Ferencvaros, malah perlu bergantung kepada keputusan perlawanan lain yang memihak kepada mereka.

Prestasi cemerlang oleh anak didik pengurus Forest, Sean Dyche, menjamin kemenangan yang amat meyakinkan bagi tuan rumah.

Kerapuhan bek tengah Ferencvaros, Bence Otvos, membawa kepada gol sendiri. Igor Jesus kemudian menyumbang dua gol hebat untuk mengukuhkan kedudukan tuan rumah kepada 3-0.

James McAtee menyempurnakan sepakan penalti lewat untuk menjamin kemenangan besar 4-0, namun ia hanya cukup untuk Forest menamatkan saingan di kedudukan ke-13.

Forest akan mengetahui siapa lawan mereka untuk pusingan saringan pada 30 Januari, bersama Celtic yang mencatat kemenangan 4-2 ke atas lawan kerdil, Utrecht.

Di Stadium Celtic Park, gol daripada Benjamin Nygren memberikan tuan rumah kelebihan awal. Kemudian, gol sendiri akibat kelalaian benteng Utrecht menggandakan kedudukan Celtic.

Sepakan penalti Arne Engels mengukuhkan kedudukan Celtic kepada 3-0, namun Utrecht berjaya merapatkan jurang kepada satu gol.

Akhirnya, Utrecht terpaksa menerima hakikat apabila tandukan Auston Trusty memastikan kemenangan 4-2 untuk Celtic.

Tandukan oleh pemain Celtic, Auston Trusty (melompat), menjamin kemenangan 4-2 ke atas Utrecht dalam saingan Liga Eropah pada 29 Januari.
Tandukan oleh pemain Celtic, Auston Trusty (melompat), menjamin kemenangan 4-2 ke atas Utrecht dalam saingan Liga Eropah pada 29 Januari. - Foto REUTERS

Sementara itu, persaingan antara Villa dengan Salzburg penuh dengan aksi, dengan Villa hampir ditumpaskan buat kali kedua dalam Liga Europa setakat ini.

Salzburg memanfaatkan benteng Villa yang goyah untuk mendapat kelebihan 2-0, hasil gol oleh Karim Konate dan Moussa Yeo.

Namun, gol oleh Morgan Rogers menyemarakkan semangat Villa, diikuti tandukan Tyrone Mings yang menyamakan kedudukan.

Gol Jamaldeen Jimoh-Aloba kemudian menyempurnakan kebangkitan itu dan memberi kemenangan kepada Villa.

Jimoh-Aloba dengan tenang menemui sudut gawang, walaupun hanya berusia 19 tahun, sekali gus menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior.

Gol oleh bakat muda berusia 19 tahun, Jamaldeen Jimoh-Aloba, menyempurnakan kebangkitan Aston Villa daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Eropah pada 29 Januari.
Gol oleh bakat muda berusia 19 tahun, Jamaldeen Jimoh-Aloba, menyempurnakan kebangkitan Aston Villa daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Eropah pada 29 Januari. - Foto EPA

Dengan tamatnya fasa liga Liga Europa, Kelab Liga Perancis, Lyon, mendahului fasa liga dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan selepas menamatkan fasa liga dengan kemenangan 4-2 ke atas PAOK FC dari Greece.

Midtjylland, Real Betis, Porto, Braga, Freiburg, dan Roma semuanya menamatkan saingan di kelompok lapan terbaik untuk memastikan kelayakan terus ke pusingan 16 terakhir.

Rangers menamatkan kempen Eropah yang suram dengan kekalahan 1-3 di Porto, kekalahan keenam mereka daripada lapan perlawanan dalam pertandingan ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg