Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Format baru Liga Juara-Juara Eropah ditangguh

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Keputusan untuk memperkenalkan format Liga Juara-Juara Eropah baru dari 2024, yang merangkumi 10 perlawanan dalam fasa pertama, telah ditangguh.



Usulan tersebut, yang telah dibincangkan sejak dua tahun lalu, dijangka diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) semalam, tetapi tarikh itu telah ditangguh sehingga 19 April.



Fasa kumpulan akan ditiadakan mengikut format baru itu.



Sebaliknya, bilangan kelab yang bertanding akan ditambah daripada 32 kepada 36 pasukan, termasuk dua pasukan 'wild card'.



Pasukan ini diperuntuk bagi kelab-kelab yang berkedudukan tertinggi di anking Uefa berdasarkan sejarah kejayaan mereka di peringkat benua, tetapi gagal melayakkan diri menerusi liga domestik.



Sebagai contoh, berdasarkan kedudukan Liga Perdana England pada masa ini, Liverpool, yang telah memenangi Liga Juara-Juara enam kali, akan layak menyertai pertandingan itu musim depan, meskipun ia kini berada di tangga ketujuh dalam liga.



Sumber berkata tiada adangan utama yang perlu diatasi, termasuk berkenaan perjanjian komersial, meskipun jadual kata putus mengenai perubahan ini telah ditangguh.



Namun, adalah ketara kelab-kelab utama di Eropah tidak sehaluan dalam menyokong perubahan ini, terutama berhubung pentadbiran korporat pertandingan-pertandingan di Eropah.



Tambahan pula, kelab-kelab sedar ada tentangan kepada format baru yang membenakan dua kelab yang tidak layak menyertai pertandingan berdasarkan rekod kemenangan silam.



Pertubuhan Liga-Liga Eropah berkata perubahan tersebut akan mengadakan situasi pertandingan yang secara de facto, ekslusif kepada kelab-kelab berpengaruh.



Namun, pegawai-pegawai Uefa dan wakil dari Persatuan Kelab-Kelab Eropah telah menyokong format baru tersebut, yang difahami telah diusulkan oleh Edwin Van Der Sar, ketua eksekutif Ajax Amsterdam dan bekas penjaga gawang Manchester United.



Format baru itu melibatkan setiap pasukan beraksi dalam 10 perlawanan dan diberi ranking berdasarkan keputusan mereka dalam perlawanan-perlawanan itu.



Lapan kelab di posisi tertinggi dibenar maju ke fasa kalah mati, sementara kelab-kelab di tangga kesembilan hingga ke-24 akan menyertai pusingan play-off.



Format baru itu dijangka menyebabkan masalah bagi pertandingan domestik di England, terutama bagi Piala EPL, kerana perlawanan Liga Juara-Juara tambahan itu dijangka dimainkan di pertengahan minggu.



Slot perlawanan sedemikian biasanya diperuntuk bagi pertandingan piala domestik.



Sebelum ini, pengerusi Crystal Palace Steve Parish berkata Liga Juara-Juara 36 pasukan akan mendatangkan kesan buruk terhadap permainan itu di England. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >